in

“Anwar bebas dalam 2 minggu” – Peguam

Aa 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Tun M mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima pengampunan segera hari ni, banyak sangat desas desus kita dengar. Ada yang kata Anwar akan dilepaskan hari ni.

Lepas tu Hospital Rehabilitasi Cheras yang menempatkan bekas Ketua Pembangka tersebut terus jadi perhatian petugas media dan penyokong Pakatan Harapan (PH). Then keluar satu video menunjukkan Nurul Izzah keluar dari hospital tu.


 

Peguam jangka Anwar bebas dalam satu atau dua minggu

Saat ditanya bila Anwar akan dilepaskan, Nurul Izzah hanya meminta semua agar bersabar menanti pembebasan bapanya.

Tapi masih ramai yang cakap Anwar akan dibebaskan hari ni juga, cuma tak pasti waktu pembebasan. Untuk tak memanjangkan lagi khabar angin tu, peguam R Sivarasa menjelaskan bahawa Anwar TIDAK akan dibebaskan hari ini.

Image 3
sumber: sinar harian

 

Proses pembebasan perlukan masa

Ini kerana pembebasan tersebut perlu melalui proses undang-undang yang sewajarnya. Jadi, Anwar tidak akan dibebaskan dalam masa sehari dua ni. R Sivarasa menganggarkan proses pembebasan akan mengambil masa lebih kurang satu atau dua minggu.

“Proses pengampunan perlu melalui Jawatankuasa Pengampunan. Permohonan perlu dibuat, proses dokumentasi, mesyuarat pengampunan perlu dilakukan, proses itu perlu dilakukan dalam tempoh masa tertentu.”

“Walaupun kami katakan perlu pembebasan segera, tetapi ia tidak berlaku dalam sehari atau dua. Saya anggarkan perlu beberapa hari. Prosesnya masih berjalan. Kami mahu dia keluar dari sini, tetapi prosesnya perlu ambil masa.”

Asas
sumber: malaysian gazette

Okay, maknanya Datuk Seri Anwar tak akan dibebaskan hari ni ye semua. Tu dah ada penjelasan daripada peguam dia. Kita semua just kena sabar menunggu dan teruskan berdoa.

Baca: [TERKINI] Anwar Bakal Dapat Pengampunan Agong Segera

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.