Zaman sekarang ni, ramai yang sanggup buat apa sahaja semata-mata nak dapatkan konten yang tular atau publisiti murahan.
Ada yang tak malu untuk buka aib sendiri dan sanggup menahan kecaman dan ada juga yang sanggup menyeksa binatang semata-mata untuk mendapatkan tontonan yang banyak di media sosial.
“Barang jadi”
Contohnya macam baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di TikTok telah viral menunjukkan seekor monyet dilihat sukar berjalan sampai perlu menyeret kakinya kerana didakwa telah diberikan sejenis dadah yang dikenali sebagai ‘Happy 5’.
Lebih menyedihkan, di ruangan komen video tersebut, ramai juga yang back up si pelaku kerana merasakan video tersebut lawak dan rasa tak salah bila monyet tersebut diperlakukan sedemikian rupa.
“Penganiayaan dekat makhluk lain”
Manakala di Twitter, salah seorang netizen telah meminta agar video ini ditularkan supaya pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan ke atas individu yang tidak bertanggungjawab ini.
Katanya, dadah yang diberikan kepada monyet tersebut adalah merupakan sejenis dadah yang kalau kena dekat manusia boleh sakit kepala sekiranya tak dapat dengar muzik. Bayangkan kesannya kepada haiwan?
Rata-rata orang yang melihat penjelasan ini turut bersetuju dengan netizen tersebut dan berharap agar pihak berkuasa dapat menangkap individu yang memuat naik video ini.
Untuk pengetahuan korang, selepas ramai membuat laporan di TikTok dan tag pihak berkuasa mengenai jenayah yang dilakukanya ini, individu yang memuat naik video tersebut telah pun memadamkan konten tersebut.
Selamba betul dia tunjuk dekat public yang dia ada dadah, siap boleh dera haiwan lagi. Tak takut ke kena tangkap tu?
Baca: “Taktik baru ni” – Kucing Kantoi Cuba Seludup Dadah Ke Penjara