in

Angkara Kawan Bergurau Tarik Kerusi, Ibu Kecewa Anak Istimewa Patah Tulang Belakang

patah tulang belakang jatuh kerusi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gurauan kasar menjadi tragedi apabila seorang pelajar istimewa mengalami komplikasi kecederaan tulang belakang akibat jatuh angkara rakannya bergurau menarik kerusi di sekolah.

Kejadian itu dikongsikan oleh ibunya menerusi laman TikTok, memaparkan keadaan anaknya menangis terlantar di atas katil.


Memetik sumber mStar, ibunya cukup terkilan dengan kejadian yang menimpa anaknya kerana kanak-kanak itu menghidap penyakit saraf cerebral palsy.

Artikel berkaitan: Cedera Akibat Kemalangan Di Set Penggambaran, Keadaan Pelakon Cilik Makin Teruk

@azera5276

Perkara yang ditakuti , kakak iqa jatuh disebabkan kawan tarik kerusi ketika di sekolah,now kena bedridden selagi tidak sembuh ..Allah …semua pihak perlu diingatkan tentang bahayanya gurauan begituu…sekarang kami yang alami ujian ini…doakan kakak iqa cepat sembuh….AAMIN #fypシ #shahalam #jatuhdisebabkankawantarikkerusi

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika anaknya duduk berehat selepas latihan nasyid di sekolah.

“Masa dia nak duduk tu ada kawan tarik kerusi sebagai gurauan. Anak saya jatuh terduduk. Iqa (anak) menangis sebab mungkin tulangnya terhentak.

“Cikgu kelas pun terus maklumkan pada saya, minta datang segera untuk ambil dia di sekolah,” katanya.

@azera5276

Disebabkan jatuh tempoh hari,kakak iqa mengalami patah tulang coccxy ,disc bulge & bone bruise Kakakiqa jatuh disebabkan kawan tarik,kakak iqa setiap hari menangis ??? #jatuhdisebabkankawantarikkerusi #fypシ #jatuhkerusi

♬ Jiwa Yang Bersedih – Ghea Indrawari

Ujarnya, doktor memberitahu anaknya mengalami komplikasi patah tulang coccygeal yang minimum, lebam pada tulang (bone bruise) dan bonjolan cakera (disc bulge).

Akibat kecederaan itu, dia menyatakan anaknya kini sukar untuk berjalan dan duduk seperti dahulu.

“Ini adalah antara perkara yang saya takut tapi sudah terjadi. Sampai sekarang Iqa masih menangis sebab sakit kalau banyak bergerak,” luahnya.

Katanya lagi, anaknya tidak boleh duduk atau berdiri lama dan hanya bertahan selepas makan ubat tahan sakit.

Difahamkan, keluarga si pelaku telah berjumpa dengan keluarganya selepas enam hari kejadian.

Dalam pada itu, dia menasihatkan kepada para guru dan ibu bapa di luar sana untuk selalu mengingati kepada pelajar dan anak bahawa gurauan sebegini adalah satu kesalahan berat.

Sumber: TikTok, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.