Apabila emosi menguasi diri, banyak perkara tidak terjangka boleh berlaku, seperti yang terjadi baru-baru ini di mana seorang jurugambar sambilan maut ditikam oleh kekasihnya gara-gara berlaku curang.
Insiden tersebut berlaku di sebuah rumah di Bandar Rimbayu, Selangor. Difahamkan, pihak polis menerima aduan daripada seorang doktor di Hospital Cyberjaya yang memaklumkan dia menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Artikel berkaitan: “Dia cakap I halusinasi” – Suami Curang Ketika Isteri Berpantang, Buang Bukti Bermaksiat Dalam Kereta
Artikel berkaitan: “Saya dah terima kifarah” – Anggota Polis Kasari Tunang Sebab Kantoi Curang Akui Sudah Bertaubat
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata pengadu membuat bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam masa 30 minit tetapi tiada tindak balas dan denyutan nadi mangsa.
“Mangsa yang berusia 26 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 7.25 pagi, semalam dengan kecederaan luka tikaman di bahagian pergelangan tangan kiri dan kaki kiri dipercayai ditikam dengan sebilah pisau.
Sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat membuat tangkapan terhadap teman wanita mangsa di kawasan hospital.
Hasil semakan, wanita tempatan berusia 26 tahun itu adalah bekas pelajar perubatan dan bekerja sebagai model sambilan serta tidak mempunyai rekod lampau.
Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah cemburu kerana suspek mendapati mangsa telah berlaku curang terhadapnya,” katanya.
Menurut laporan Berita Harian, wanita berkenaan direman enam hari bermula hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Lebih mengerikan, beberapa gambar di tempat kejadian tular di aplikasi X.
Selain itu, pihak polis meminta mereka yang mempunyai maklumat diminta hubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222.
Sumber: Berita Harian