in

Angkara Cemburu, Suami Tergamak Simbah Petrol & Baling Puntung Rokok Pada Isteri

bakar 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, kes pergaduhan pasangan suami isteri semakin menjadi-jadi. Segelintir pertelingkahan yang berlaku adalah disebabkan salah satu pihak yang curang.

Artikel berkaitan: Berang Suami Curang, Wanita Robek Kemaluan Suami Sehingga Koyak


Artikel berkaitan: Batal Majlis Nikah Saat Akhir, Wanita Sedih Bakal Suami Curang Sebab Berat Badan

Terbaru, seorang wanita 16 tahun dari negara seberang, Indonesia melecur separa badan gara-gara dibakar oleh suaminya. Kejadian yang berlaku di Kabupaten Langkat, Sumatera Utara ini telah mengakibatkan wanita itu melecur di bahagian wajah, dada, leher, kedua-dua tangan, telinga kanan dan kiri serta peha sebelah kiri.

bakar 1
Gambar hiasan

Menurut pegawai polis setempat, S Yudianto berkata punca pertelingkahan berlaku adalah kerana mangsa dituduh menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Kemudian, mangsa telah pergi ke rumah rakannya yang bernama Elviana.

Suspek yang masih tidak berpuas hati juga pergi ke rumah Elviana dan pertengkaran antara suami dan isteri itu berlaku di belakang rumah. Tidak lama selepas itu, mangsa telah masuk ke rumah Elviana.

Suruh anak rakan beli minyak petrol

Berang dengan tindakan mangsa, suspek menyuruh anak Elviana membeli satu botol minyak petrol sebelum dia mengisi separuh petrol ke dalam motosikalnya. Tanpa teragak-agak, suspek telah masuk ke rumah itu lalu menyiram separuh minyak petrol yang tinggal ke badan mangsa.

Sebelum berlalu pergi, suspek telah membaling puntung rokok ke arah mangsa hingga menyebabkan kebakaran berlaku. Mangsa segera ke tandas dan menyiram tubuhnya dengan air.

Tambah Yudianto, pasangan ini telah berkahwin secara rahsia dan dikurniakan seorang anak lelaki. Mereka telah berpisah selama seminggu dan mangsa sudah beberapa hari tinggal di rumah Elviana.

Sumber: Kompas.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.