in

Angkara Alza ‘Makan Jalan’, Pelajar Cemerlang Bidang Perakaunan Maut Dalam Nahas 6 Kenderaan

maut nahas kemalangan jalan hulu langat ampang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penunggang motosikal yang merupakan pelajar cemerlang dalam bidang perakauan maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang, pada petang Ahad.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 4.45 petang, membabitkan empat motosikal dan dua buah kereta.


Ketika kejadian, empat motosikal dinaiki enam individu termasuk dua pembonceng serta sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.

Artikel berkaitan: Pandu Kereta Tanpa Lesen & Terbabas, Remaja 16 Tahun Jadi Punca 5 Maut

photo 2025 02 03 09 44 47

“Sebuah kereta jenis Perodua Alza yang datang dari arah Ampang telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang penunggang motosikal tercampak dan jatuh di tepi jalan.

“Akibat kemalangan itu, seorang lelaki berusia 20 tahun yang menunggang sebuah motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Lima lagi penunggang dan pembonceng motosikal yang lain cedera dan dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan,” katanya.

Difahamkan, pemandu kedua-dua kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mengulas lanjut, punca kejadian masih dalam siasatan dan kenderaan terbabit dihantar untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Kimia.

Pemuda maut penerima biasiswa, raih no.1 dalam peperiksaan FIA

Dalam pada itu, difahamkan mangsa yang maut dalam kemalangan itu, Aysar Zahran Saiful Alimin adalah seorang pelajar cemerlang di bawah biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA.

GizB9dGaUAEaaVR

Allahyarham meraih tempat pertama di Malaysia dan tempat kedua dunia bagi kertas Management Information 1 (MA1) dalam peperiksaan FIA pada Disember 2023.

Sumber: Berita Harian, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.