Seorang individu lelaki yang mendakwa dirinya anak kepada makcik Kemboja yang sedang tular ketika ini tampil menafikan tuduhan dirinya memberi amaran dan mencabar netizen.
Menerusi laman X, pemuda yang dikenali sebagai Ezuan menjelaskan video tular itu telah diedit sehingga mencetuskan provokasi terhadap orang ramai.
Katanya, video asal berdurasi 2 minit 20 saat yang dimuat naik di TikTok sebenarnya ditujukan kepada bekas pekerja ibunya.
Artikel berkaitan: “Gong gong gong” – Lelaki Didakwa Anak Makcik Kemboja Ajak Netizen Yang ‘Menyalak’ Di TikTok Bersemuka
Artikel berkaitan: “Masa nak bankrap, inilah orang yang tolong” – Ex Staff Tampil ‘Counter’ Anak Makcik Kemboja
assalamualaikum semua, saya Ezuan, anak makcik kemboja yang sedang viral sekarang. saya ingin menjelaskan tentang isu konten saya yang telah diubah, diedit oleh individu tersebut, sehingga menimbulkan PROVOKASI terhadap masyarakat. this is a thread:
— ? (@eznhafsham) November 22, 2023
“Semalam, sekitar jam 2:30 petang, saya telah men-stitch satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.”
“Beliau telah memuat naik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata bahawa, dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah.”
“Individu tersebut juga telah memaki hamun saya, dan juga ibu saya dalam konten tersebut,” tulisnya.
DAN, ini merupakan video yang telah diedit dan diubah oleh individu tersebut, sehingga diviralkan di semua social media dan disebarkan melalui semua portal-portal media: pic.twitter.com/8a2MaER7iD
— ? (@eznhafsham) November 22, 2023
Dalam posting penjelasan itu, dia turut memuat naik video asal yang didakwa telah dibuang oleh TikTok daripada platform mereka.
“Mana dan di mana dalam video original yang dimuat naik oleh saya, saya ada sebut ‘cabar netizen atau cabar korang semua’ atau mana-mana individu atau pihak?
“Sedangkan saya cabar dia… spesifik, siap ada nama penuh dia sekali,” jelasnya.
Tambahnya, penjelasan itu dibuat susulan menerima banyak ugutan daripada netizen dan bimbang keselamatan terjejas.
“Perkara ini telah mengancam keselamatan saya, sehingga saya menerima terlalu banyak ugutan untuk ‘mengutip’ saya.
“Segala spekulasi terhadap saya adalah fitnah. Dan dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya,” tulisnya lagi.
Jelasnya, dia mahu menyelesaikan isu ini secara profesional bersama individu terbabit dan mahu orang ramai menilai secara baik.
Sumber: X