in

Anak Tetamu Lenyekkan Nasi Himpit Atas Karpet, Lelaki Luah Trauma Nak Buat Rumah Terbuka

Rmah Terbuka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan tradisi, amalan rumah terbuka menjadi kemestian setiap kali sambutan Aidilfitri.

Selain menjamu selera bersama, masa inilah untuk bertanya khabar dengan sanak-saudara dan rakan taulan yang jarang kita berjumpa.


Namun, malangnya ada juga dalam kalangan jemputan yang seperti tidak menjaga adab dan tingkah laku ketika mengunjungi rumah terbuka.

Artikel berkaitan: “Rasa nak nangis banyak dibuang” – Lelaki Kesal Tetamu Ambil Sate Banyak Tapi Tak Habis

Artikel berkaitan: “Ambil makanan penuh sepinggan, makannya sejemput je” – Doktor Tegur Tabiat Orang Kita Bila Hadir Rumah Terbuka

Seperti luahan yang dikongsikan oleh seorang pendengar radio @kool101my, dia berasa serik untuk menganjurkan lagi rumah terbuka susulan satu insiden yang buruk berlaku ketika membuat acara itu.

Katanya, keadaan rumahnya begitu hura-hara gara-gara tingkah laku anak-anak tetamu yang menziarahi rumah terbukanya.

@kool101my

“Rupa-rupanya dia berlumba lenyekkan ketupat tu nasi impit tu dekat atas karpet!” 😱🤯 Ini bukan setakat red flag dah. Ini dah kira melampau! Kita yang dengar Papayen ni cakap pun dah menyirap dah. Mendidih darah dalam badan ni 🔥 Janganlah macam tu ye. Pergi rumah orang ni pun ada adabnya tau. Okay taknak stress stress. Kita enjoy raya kita dengan layan PM Kool 101! 🤩 Stream radio raya anda di frekuensi dan di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #rayamacamduludulu #Raya2024

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

Bercerita lanjut, ada yang sesuka hati membuka peti sejuk dan meminta coklat milik tuan rumah.

Sebahagian lain pula bermain di kawasan tangga dan apabila ditegur, ibu bapa mereka hanya tersengih dan membiarkan sahaja anak-anak mereka bermain di situ.

“Ada budak-budak 5-6 orang ni main dekat tangga, lepas tu mak dia boleh senyum-senyum, ‘oh kat rumah diorang takde tangga’.

“Ada pula main baling remote, kat rumah tak ada remote mungkin,” sindirnya.

Namun, paling menduga kesabarannya dan berasa trauma untuk menganjurkan lagi rumah terbuka apabila ada beberapa budak berulang-alik mengambil nasi himpit juadah hidangannya.

Dia berasa pelik melihat tingkah laku budak-budak terbabit dan terkejut apabila mendapati mereka mengambil nasi himpit terbabit untuk dilenyekkan di atas karpet.

Asiya Kiev Siwrpbnxdww Unsplash

Yang mengecewekan apabila ibu bapa mereka tidak rasa bersalah dan terus beransur pulang setelah kemarahan lelaki itu meledak.

“Oh kau dah jahanamkan barang dalam rumah aku, kau nak minta diri,” katanya.

Kita yang dengar ni pun menyirap juga rasanya…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.