in

Anak Sulung Menangis Dapat ‘Surprise’ Hari Jadi, Bapa Hadiahkan Kek Walau Belum Dapat Gaji

Sulung 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap keluarga pasti mempunyai cara mereka tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.

Tak perlu berhabis sejuta, satu keluarga ini menyambut ulang tahun anak sulung dengan sebiji kek walaupun si bapa belum mendapat gaji.


Anak sulung menangis keluarga sambut hari jadi

Satu video perkongsian oleh @pokmungchannel_2, memaparkan momen sebak seorang anak menangis terharu apabila hari jadinya disambut secara tiba-tiba.

Artikel berkaitan: “Menumpang kasih anak syurga” – Lelaki Ini Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak Yatim

Artikel berkaitan: “The best boss ever!” – Bos Cina Sangka Pekerja Bergaduh, Rupanya Kena ‘Prank’ Sambut Hari Jadi

Mereka sekeluarga menyanyi lagu hari jadi sambil si ibu sedang memegang sebiji kek. Tanpa berfikir panjang, anak sulung yang mesra dipanggil Along memeluk erat ibunya selepas masuk ke dalam rumah.

Melihat momen tersebut, anak kedua yang dipanggil Angah turut menangis. Kemudian, mereka menyanyikan lagu hari jadi sekali lagi ketika sesi memotong kek.

@pokmungchannel_2

Sanah helwah along.. Sekoda termanpu ibu dan ayoh buat untuk along.. #mokmung #ariffbillah #pokmung

♬ bunyi asal – pokmungchannel – pokmungchannel

Anak faham bapa belum gaji

Sebelum ini, anak sulung yang mesra dipanggil Along selalu mengingatkan ibu bapanya tentang hari istimewanya namun si bapa tidak dapat sambut pada hari yang sama kerana belum mendapat gaji, lapor mStar.

Saya dah isteri tak tahu nak buat kejutan macam mana. Jadi, saya berpakat dengan isteri cakap dekat dia tak sambut lagi sebab ayah belum gaji. 

Nak sambut hari Sabtu depan lepas gaji dah masuk. Nampak dia macam kecewa sikit tak jadi sambut tapi dia boleh terima dan faham keadaan ayah dia masa tu.

Bagi memastikan rancangan menjadi, si bapa telah mengajak Along untuk pergi ke kedai runcit.

Saya ajak dia pergi kedai runcit beli mi dan kuetiau. Saya cakap beli apa yang dia nak sebab tak sambut hari jadi hari tu.

Bila sampai di rumah, berlakulah situasi seperti dalam video dan jelas Along tidak menyangka ulang tahunnya disambut pada hari tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen sebak melihat video tersebut.

Sulung 1

Selamat hari jadi Along! Moga jadi anak yang soleh..

Sumber: TikTok, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.