in

Anak Sulung Abuya Akan Tunjuk Lokasi Dia Dikurung Di Batu Hampar – Polis

Abuya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad (Abuya) iaitu Ummu Atiyah telah membuat pendedahan yang mengejutkan tentang GISB Holdings di mana Ummu Atiyah sendiri telah menjadi mangsa keganasan oleh pemimpin GISBH.

5 2

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin berkata, untuk membantu siasatan tentang kes melibatkan GISBH ini, Ummu Atiyah akan menunjukkan lokasi dia dikurung selama kira-kira sebulan.


4 4

Memetik laporan Sinar Harian, lokasi kurungan tersebut terletak di Batu Hampar, Perak.

Difahamkan, wanita berusia 41 tahun itu akan menunjukkan lokasi perkampungan itu pada hari Ahad iaitu hari ini.

Artikel Berkaitan: Anak Abuya Dakwa Jadi Mangsa Penderaan S*ksual Pemimpin GISB

Artikel berkaitan: “Kita sentiasa dipantau” – Anak Asaari Muhammad Nafi GISBH Ikut Amalan Al-Arqam

Menurutnya, penghuni perkampungan itu terdiri daripada ramai remaja dan orang dewasa yang berusia 13 tahun ke atas.

Menurut pihak polis, anak perempuan Abuya itu juga mendakwa dia dikurung di dalam sebuah bilik dalam rumah satu tingkat yang terletak di perkampungan berkenaan selama lebih kurang sebulan.

Dia juga mengatakan dia tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit.

Menurut pihak polis, dakwaan oleh anak Abuya itu sedang disiasat oleh mereka dan lelaki-lelaki yang mengurungnya juga sedang dikesan.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.