in

“Anak sakit, perlukan duit” – Dikecam Sebab Bedah Hidung, Zarina Anjoulie Tampil Bagi Penjelasan

ft zarina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Zarina Anjoulie baru-baru ini tampil memberikan penjelasan tentang tindakannya membuat pembedahan di Vietnam tahun lalu.

Pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul akui yang dia terima bayaran selepas melakukan pembedahan tersebut dan wang itu digunakan untuk tampung kos rawatan dan perubatan anaknya, Awangki Gabriel Martin Ezra.


Artikel berkaitan : “Hubungan kami tiada pelik-pelik” – Zarina Anjoulie Anggap Nedim Nazri Seperti Abang

Artikel berkaitan : “Jangan sedap mulut je cakap” – Zarina Zainuddin Nafi Azil Pukul Pembantu Rumah

“Aku pergi sebab itu ‘paid review’, aku perlukan duit itu untuk pembedahan anak.”

“Ada yang cakap aku ubah ciptaan Allah.. anak aku sakit dan aku perlukan duit. Jangan persoalkan akan ada rezeki lain, memang tak ada dan aku nak pakai duit cepat.”

Katanya lagi, dia bertindak membuat pembedahan untuk mendapatkan wang bagi menampung kos pembelanjaan anaknya.

“Sebagai pengorbanan seorang ibu, lantaklah kalau aku nak tadah hidung untuk duit. Hanya duit itu sahaja yang ada untuk rawatan pembedahan anak aku. Kalau tak, kau ingat aku hamak ke nak buat hidung ini? Dah lama boleh buat kenapa umur 38 baru nak buat.”

@zarinaanjoulie_

♬ original sound – zarinaanjoulie_ – zarinaanjoulie_

Tegas Zarina Anjoulie lagi, dia sama sekali tidak pernah menyarankan dan menggalakkan orang ramai menjalani pembedahan di situ.

“Bila aku balik, aku cakap tempat tu tak elok. Aku habiskan kerja aku untuk dapat duit kemudian selepas pulang aku tak pernah buat promosi.”

“Kalau ada orang tanya memang aku akan jawab, jangan buat di situ sebab tak elok.”

“Kena faham, masa kat sana aku kena puji sebab dibayar tetapi bila balik aku tak pernah kata klinik itu bagus.”

“Aku pun pernah beritahu yang aku nak buka semula (silikon) itu sebab merasakan seolah-olah ia bukan diri aku.”

Sebelum itu, Zarina memaklumkan pembedahan plastik yang dilakukan telah menyebabkan dia kena jangkitan kuman. Tambahnya lagi, proses yang dilakukan oleh pihak klinik kecantikan di Vietnam itu tidak bersih.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.