in

Anak Risau Bapa Hilang Lebih 2 Minggu, Kereta Pula Ditemui Dalam Keadaan Hangus Terbakar

Kes Kehilangan Warga Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan seorang warga emas sejak lebih dua minggu lalu telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarganya, lapor Sinar Harian.

Sabari Baharom, warga emas berusia 62 tahun itu dipercayai dibawa lari oleh individu yang tidak dikenali.


Ahli keluarga Sabari percaya dia dibawa lari kerana mereka telah mengenal pasti bahawa pada 4 dan 5 September lalu, sejumlah wang yang agak banyak dari akaun bank mangsa telah dipindahkan ke akaun bank seseorang yang tidak dikenali.

Difahamkan juga, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang diteliti oleh pihak polis pula mendedahkan bahawa kelihatan seorang wanita tempatan yang telah melakukan transaksi pemindahan wang terbabit.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Nampak Letih & Terbaring, 2 Budak Disangka Hilang Rupanya 9 Jam Terperangkap Dalam Lif

Artikel Berkaitan: “Letak selipar tengah pintu” – Kes Budak Terperangkap 9 Jam Dalam Lif, Rakaman CCTV Dedah Punca Sebenar?

Menurut anak mangsa, mereka sekeluarga percaya bahawa ayahnya bukan bawa diri atau merajuk kerana mereka sekeluarga tidak mempunyai sebarang masalah dengan bapa mereka itu.

Lebih mengejutkan apabila kereta Proton Waja milik warga emas yang hilang itu ditemui di tempat pembuangan sampah di Pulau Belantik, Sik dalam keadaan hangus terbakar.

1 15

Namun,  pihak polis telah mengesahkan bahawa Sabari tidak ada di dalam kereta tersebut.

Oleh itu, keluarga warga emas ini percaya bahawa Sabari dilarikan oleh seseorang.

Berita kehilangan warga emas ini telah dikongsikan juga oleh anaknya menerusi Instagram syilla_syilla.

2 6
Perkongsian di instagram anak mangsa

Untuk makluman semua, sebelum hilang, Sabari yang merupakan seorang pesara dipercayai telah keluar untuk berjumpa rakan menaiki kereta Proton Waja itu pada malam 3 September lalu.

Namun, difahamkan, warga emas itu tidak dapat dihubungi pada keesokan harinya.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kes kehilangan warga emas ini, sila hubungi pihak polis dengan kadar segera.

Sumber:Sinar Harian, Instagram @syilla_syilla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.