in

“Anak meninggal, suami curang” – Ini Kisah Sebenar Bekas Pensyarah Mengamuk Di Sungai Buloh?

Stress

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, viral video seorang wanita mengamuk apabila keretanya ditunda, walaupun mengundang kemarahan orang ramai, video itu juga menjadi bahan lawak netizen.

Mereka menyifatkan, ikuti sahaja gaya wanita ini mengamuk sampai tak ingat dunia kalau kereta tak nak kena tunda.


 

Mengalami sakit jiwa akibat tekanan hebat

Namun begitu, setiap tindakan pasti ada penyebabnya, tak dinafikan salah tetap salah kerana parking ditempat yang tak sepatutnya, tetapi ada kisah yang tersirat dalam kehidupan wanita ini yang mungkin jadi penyebab dia melakukan perbuatan sedemikian.

Netizen Francis Ngu Hown Hua mendedahkan bahawa bekas pensyarah tersebut sebenarnya sedang mengalami tekanan hebat dalam hidupnya.

Dia dikatakan sedang mengalami sakit jiwa, anaknya yang kedua telah meninggal dunia ketika baru sahaja lahir, malah di juga diceraikan kerana suami pula curang dan berkahwin dengan wanita lain, lebih pedih lagi suaminya itu bawa lari anak pertamanya. Allahuakbar!

83318556 2910314538989464 2906687927239049216 O

Malah wanita itu dikatakan bekas pengajar di Matrikulasi dan tak dinafikan wanita ini memang telah melanggar undang-undang tetapi ia membuatkan netizen ini kongsikan tentang kehidupan wanita ini kerana, ramai yang jadikan insiden ini sebagai bahan lawak.

83492049 2910314632322788 5901860822249897984 N

Kiranya wanita ini sedang mengalami depression, kata netizen dia kadang-kadang terlupa ambil ubat untuk redakan stress dia.

Hurm, harap jangan lah jadikan dia bahan lawak lagi, kalau tidak boleh jadi makin stress. 

 

Baca : “Macam kena rasuk” – Video Wanita Terpekik Terlolong & Meludah Bila Kereta Kena Tow Di Sungai Buloh

Tow10 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.