Seorang pelajar dipercayai maut akibat terkena renjatan elektrik di asrama sebuah universiti di Kedah menyebabkan bapa kepada pelajar yang maut itu (plaintif) nekad membuat tuntutan sebanyak RM3 juta kepada pihak universiti (defendan).
Tuntutan jutaan ringgit itu dibuat oleh lelaki berusia 55 tahun juga bapa kepada mangsa menerusi writ saman difailkan firma guaman, Tetuan M Manoharan & Co di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 28 Februari lalu.

Anak terbaring di lantai selepas terkena renjatan
Memetik laporan Berita Harian, siasatan dan bedah siasat kes tersebut dijalankan oleh pihak polis dan pegawai perubatan untuk menentukan punca kematian pelajar tersebut. Difahamkan juga mangsa ditemui terbaring tidak bernyawa di lantai bilik asrama universiti berkenaan pada 21 Mei 2022.
Artikel berkaitan: SKMM Beri Amaran Henti Sebarkan Video 3 Beradik Maut Akibat Renjatan Elektrik
Artikel berkaitan: Banjir Kelantan: 3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik
Pemeriksaan bedah siasat menyimpulkan bahawa punca kematian adalah renjatan elektrik. Selanjutnya, Mahkamah Sesyen Alor Setar bertindak di bawah Seksyen 333 Kanun Tatacara Jenayah memastikan bahawa renjatan elektrik adalah punca kematian perempuan berkenaan.
Kata bapa mangsa, anaknya itu mempunyai hubungan istimewa dengan pihak universiti. Oleh itu, menjadi kewajipan bagi mereka menjaga dan memastikan keselamatan anaknya daripada terkena renjatan tersebut.
Universiti gagal menjaga keselamatan penghuni asrama
Susulan itu, defendan juga mempunyai kewajipan berkanun bagi memastikan semua penghuninya yang sah di bawah peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Pihak defendan juga dikatakan gagal mengambil langkah terbaik untuk memastikan mangsa selamat ketika menggunakan bilik itu.
Melanggar kewajipan berjaga-jaga dan berkanunnya, defendan gagal memastikan pelajar selamat daripada terkena renjatan elektrik dan gagal menyelenggara pemasangan elektrik secara betul hingga menyebabkan anaknya terkena renjatan yang mengakibatkan kematiannya.
Menyebabkan atau membenarkan peralatan elektrik khususnya lampu dinding atau peralatan lain yang rosak dalam bilik berkenaan menjadi dan kekal dalam keadaan rosak serta berbahaya.
Gagal mengambil langkah mencukupi sama ada melalui pemeriksaan berkala untuk memastikan pemasangan elektrik berada dalam keadaan yang secara munasabah adalah selamat, tidak rosak atau berbahaya.
Harap kita semua dapat ambil iktibar daripada kisah ni..
Sumber: Berita Harian