in

Anak Malaysia, Syabira Diangkat Sebagai Juara ‘Great British Bake Off’!

syabira great british bake off

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

The Great British Bake Off ialah sebuah rancangan realiti masakan yang disiarkan sejak tahun 2010, ia memaparkan beberapa orang peserta yang merupakan tukang masak atau baker amatur berentap untuk merebut gelaran juara.

Tahun ini, rancangan tersebut kembali bagi musim ke-13 dan ia menyaksikan peserta wanita menjuarai pertandingan tersebut sejak kali terakhir pada musim ke-8.


Lebih manis lagi, musim ini juaranya merupakan anak kelahiran Malaysia iaitu Syabira Yusof yang telah menumpaskan Abdul Rehman Sharif dan Sandro Farmhouse.

Juri rancangan tersebut, Paul Hollywood memuji Syabira kerana telah memperkenalkan rasa yang tidak pernah mereka jumpa sebelum ini sepanjang beberapa musim dan beliau merupakan seorang baker yang sangat hebat.

https://www.instagram.com/p/Ckcsx3xIcku/?hl=en

Malah, Syabira juga pernah menjadi Star Baker sebanyak tiga kali sepanjang pertandingan tersebut berjalan.

Syabira dilahirkan di Malaysia dan merupakan salah seorang daripada tujuh beradik, beliau berhijrah ke United Kingdom pada 2013 untuk meneruskan pengajian doktor falsafah (PhD) dan kini merupakan penyelidik karodiovaskular di London.

Beliau mula memasak pada tahun 2017 dan masakannya sering menggunakan ‘rasa Malaysia’ dalam masakan klasik British, seperti pastri cornish berperisa rendang ayam.

Tahniah Syabira!

Baca: “Terima kasih lagenda!” –  Empat Kali Juara Dunia, Jaguh Silat Jufferi Jamari Umum Bersara

jufferi jamari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.