“Anak kecil ditembak sniper waktu main di balkoni rumah, hatinya hancur”- Kisah Dari Bumi Berdarah, Aleppo

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sehingga kini sukar untuk dihitung jumlah mangsa yang terkorban angkara kekejaman rejim zionis Israel ke atas Syria.

Terbaru sekurang-kurangnya 23 terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan Israel ke atas sasaran tentera Iran dan Syria di Syria, lapor Berita Harian.

Namun dalam banyak-banyak kisah kekejaman dan catatan duka warga Syria ini, nukilan perkongsian aktivis kemanusiaan Syahrir Azfar Al-Halabi di facebooknya nyata merentap sanubari seluruh umat islam.

 

“Darah membasahi anak kecil itu. Segera Dr Aziz mengoyakkan baju tersebut maka terserlahlah luka tembusan peluru di dada anak kecil itu. Darah masih mengalir…”

Sumber: facebook

“Doktor memasukkan jarinya dan kemudian membawa keluar ketulan daging yang telah hancur. Dr menerangkan ianya adalah hati anak kecil ini. Peluru telah menembusi hati anak ini dan…”

Sumber: facebook

“Bumi Aleppo ketika itu umpama medan perang yang dahsyat. Bunyi tembakan bersahutan. Terkadang bunyi ledakan bom juga mengiringi…”

Sumber: facebook

Mesti ramai diantara kita yang membayangkan bagaimana saat-saat anak kecil ini cuba diselamatkan pasukan perubatan? Adakah keadaan di sana selamat? atau cukupkah kelengkapan perubatan di sana?

Ini merupakan sedikit gambar yang dikongsikan Syahrir di facebooknya.

 

  • Kanak-kanak tersebut cuba diselamatkan oleh pasukan perubatan
Sumber: facebook
  • Kerja menyelamat sedang dijalankan, pasukan perubatan melakukannya dengan penuh hati-hati
Sumber : facebook
  • Doktor memasukkan jari dan membawa keluar ketulan daging yang hancur
Sumber: facebook
  • Anak kecil ini gagal diselamatkan berikutan hatinya hancur
Sumber: facebook
  • Allahuakbar! anak syurga
Sumber: facebook

 

Semoga Allah kuatkan umat Islam di Syria untuk menentang kezaliman dan keganasan…Ameen

Baca : Kalau tak mati, cacat seumur hidup atau daging hangus sampai ke tulang-Zionis Israel Serang Palestin Guna Bom Fosfor Putih Yang Diharamkan!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.