in

Anak Dharma Harun Nafi Tak Nak Bantu Keluarga, Mahu Habis Belajar Dulu

Dharma Harun Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid mendedahkan bahawa dia sedang buntu apabila hutang rumah sewanya telah mencecah RM7,500.


Maklumnya, dia diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menjelaskan tunggakan sewa. Jika tidak, dia dan keluarganya terpaksa mengosongkan kediaman yang terletak di Wangsa Maju.

Menurut pelakon filem Adik Manja itu lagi, dia juga perlu menanggung dua orang anaknya yang berusia 36 tahun dan 35 tahun. Difahamkan, kedua- duanya masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Isu berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mempersoalkan tanggungjawab anaknya dalam menyelesaikan isu terbabit.

Artikel berkaitan: “Gelak 80-an” – Mengenang Hail Amir Dengan 5 Filem Yang Pernah Dilakonkannya

Ramai yang tertanya mengapa anak-anak pelakon itu masih tidak habis belajar kerana masing-masing sudah melewati usia 30-an dan sepatutnya sudah bekerja untuk membantu bapa mereka menyelesaikan masalah kewangan yang ditanggung.

@hmetromy

Pelakon filem Adik Manja era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, 68, meluahkan kebimbangan terpaksa keluar dari rumah yang disewa berikutan mempunyai tunggakan sewa mencecah RM7,500.

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

Perlu habiskan pengajian

Tampil memperjelaskan isu itu, anak bongsunya, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, menjelaskan bahawa dia enggan terburu-buru berhenti daripada pengajiannya yang hanya berbaki dua bulan.

Katanya, dia disarankan oleh pensyarah untuk menghabiskan pengajian sebelum mencari kerja tetap untuk menampung kewangan keluarga.

“Saya adalah pelajar cemerlang dan keputusan peperiksaan juga antara yang terbaik. Jadi, saya disarankan oleh pensyarah supaya habiskan pengajian dulu sebelum mencari kerja tetap untuk menampung kewangan keluarga.

“Oleh itu, saya harus bertahan sampai Ogos depan. Insya-Allah, selepas tamat saja pengajian nanti, saya akan cuba dapatkan kerja tetap dan bayar sewa rumah serta bantu ayah dan keluarga,” jelasnya.

Screenshot 2024 06 18 123232

Katanya lagi, dia juga ada membuat kerja sambilan selepas waktu kelas pengajian bagi membantu keluarganya dari segi kewangan.

“Apapun, saya tak kisah orang nak cakap apa sebab tahu apa yang saya buat dan Allah juga tahu. Ketika saya bekerja dulu, dapatlah juga RM300 sebulan dan digunakan untuk membayar bil eletrik dan air, serta apa-apa yang patut,” katanya.

Menurut laporan, Dharma mula hilang punca apabila tidak lagi mampu bekerja dan menyara dua anaknya itu sejak diserang angin ahmar pada 2019.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.