Seekor anak buaya tembaga berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas haiwan berkenaan ditemukan terdampar di Pantai Saujana, Port Dickson.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan, pihaknya menerima laporan daripada pusat kawalan operasi berkenaan penemuan anak buaya pada pukul 1.29 pagi tadi.
Sejurus tiba di lokasi yang dilaporkan, anggota APM menemui seekor anak buaya dipercayai jenis tembaga terdampar di pantai berkenaan. Menurut sumber, anak buaya tersebut mempunyai anggaran berat 800 gram.
Kemudian, anggota APM mengangkap anak buaya berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.
“Anggota APM menangkap buaya berkenaan dengan menggunakan peralatan khas. Kami akan menghantar anak buaya tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada sumber.
Mohamad Azri turut menasihatkan orang ramai yang menemui buaya atau hidupan liar untuk memaklumakn segera kepada pihak bertanggungjawab.
Hati-hati guys!
Kredit: Kosmo
BACA: Dua Ekor Buaya Di Pusat Hidupan Liar Matang Terlepas Ekoran Kandang Rosak