in

Anak Abuya Dakwa Jadi Mangsa Penderaan S*ksual Pemimpin GISB

Abuya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak perempuan bekas pemimpin Al-Arqam, Ummu Atiyah Ashaari (Abuya), tampil mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan seksual yang dilakukan oleh seorang pemimpin Global Ikhwan Service and Business (GISB) Holdings.

Memetik laporan MalaysiaKini, Ummu Atiyah memaklumkan perkara itu dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.


Selain daripada pengakuan itu, Ummu Atiyah juga menambah yang beliau pernah dirogol oleh seorang pemimpin GISB yang ingin menikahinya secara paksa.

Screenshot 2024 10 18 At 9.51.57 Pm

Artikel berkaitan: Parlimen Akan Bahas Isu GISB 15 Oktober Ini – Menteri Dalam Negeri

Artikel berkaitan: “Kita sentiasa dipantau” – Anak Asaari Muhammad Nafi GISBH Ikut Amalan Al-Arqam

Kejadian itu berlaku ketika anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam itu dilarikan pemimpin berkenaan ke Turkiye untuk dinikahi secara paksa.

Berkongsi mengenai pengalamn buruknya itu, Ummu  Atiyah turut didera kerana tidak mahu memenuhi kehendak untuk bersama sehinggalah beliau dirogol oleh pemimpin GISB

Dalam kejadian itu, pemimpin itu menghantar mesej Whatsapp kepadanya untuk mengajak dia berkahwin sehingga memaksa dia melarikan diri ke rumah kawannya. Pemimpin berkenaan dan pengikutnya kemudian datang untuk mencarinya dan meminta dia menyerah diri.

Ummu Atiyah juga diminta bersalam dengan pemimpin terbabit bagi tujuan bernikah. Selepas berkahwin dengan pemimpin GISBH itu, Ummu berkata mereka berpindah ke Turki.

Screenshot 2024 10 18 At 9.54.54 Pm

Walau bagaimanapun, sumber tidak mendedahkan nama pemimpin GISBH terbabit.

September lalu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Op Global bagi membongkar penyelewengan kumpulan GISBH itu. Dalam operasi itu, polis telah menahan beberapa pemimpin atasan GISBH untuk tujuan siasatan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.