in

“Amira Othman ke tu?” – Kunjungi Majlis Doa Selamat Fattah Amin, Posting Dr Zulkifli Tarik Perhatian Netizen

amira othman dan fattah amin dan dr zulkifli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, berlegar di media sosial dakwaan yang mengatakan pelakon terkenal, Fattah Amin sudah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi, Amira Othman pada Jumaat lalu.

Walau bagaimanapun, berita ini telah dinafikan oleh Fattah, 35, yang terkejut dengan gosip diperkatakan netizen itu.


WhatsApp Image 2025 01 19 at 10.04.48 AM

Menurutnya, dia juga tidak tahu bagaimana gosip itu boleh muncul dan hanya mengetahuinya menerusi rakan-rakan media.

Kalau gosip itu betul, sudah tentu kisah pertunangan itu tidak boleh disorokkan. Macam saya cakap sebelum ini, kami berdua hanya kawan. Hubungan itu sekadar urusan kerja sahaja. 

“Saya dah Amira masih banyak kerjasama seperti Jakel, jadi kami sering berjumpa atas urusan kerja. Selain daripada itu, tidak lebih dari kawan,” katanya.

Artikel berkaitan: “Saya tak sangka” – Lagu Baru Fattah Amin ‘Trending’, Dapat Sambutan Luar Biasa

Artikel berkaitan: Dr Zulkifli Usik Syed Saddiq Pasal Kahwin, Ajak Orang Muo Beramai Turun Merewang

Eh ada Amira Othman dalam posting Dr Zulkifli? 

Walau bagaimanapun, kisah mengenai Fattah dan Amira ini kembali menjadi tumpuan ramai apabila bekas mufti wilayah memuat naik posting terbarunya awal pagi tadi.

Menerusi perkongsian IG Dr Zulkifli Al-Bakri, beliau mendedahkan bahawa baru-baru ini dia telah memenuhi jemputan Fattah Amin sekeluarga bagi menyampaikan tazkirah dalam Majlis Doa Selamat yang diadakan bersempena Ramadan.

Di dalam posting tersebut, terdapat beberapa foto yang memaparkan situasi di dalam majlis termasuklah gambar Amira Othman yang juga dilihat hadir dalam majlis doa selamat tersebut.

Snapinsta.app 481921723 18388579057108583 7257305068538867646 n 1080

Rata-rata netizen yang melihat posting itu ternyata lebih fokus dengan kehadiran Amira Othman di majlis tersebut dan berharap ada sesuatu yang baik berlaku di antara Fattah dan penyanyi itu.

amira othman

Apa-apapun kita doa sajalah yang baik-baik. Fattah Amin kan banyak bekerjasama dengan Amira, jadi tak salah dia jemput datang majlis. 

Sumber: Instagram, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.