fbpx
in ,

“Amir anak umi..” – Meraung Kerinduan, Netizen Luluh Lihat Keadaan Terkini Ibu Angkat Mangsa B*nuh, Adik Amir

Ft Image Lm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai masih ingat kes pembunuhan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun, Allahyarham Zubaidi Amir Qusyari Abdul Malek yang telah menyentap jiwa ramai rakyat Malaysia.

Adik Amir diserahkan kepada keluarga angkat ketika masih bayi, namun kembali diserahkan kepada ibu kandungnya, dan ditemui maut beberapa bulan kemudian dipercayai akibat didera.


50889269518 40Db49A04E C

Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan keadaan terkini ibu angkat adik Amir, Norlida Hassan yang sedang uzur di sebuah hospital. Video itu telah meruntun hati ramai pihak yang bersimpati dengan keadaanya yang ‘terseksa’ dalam kerinduan.

Artikel berkaitan : “Saya menyesal; sepatutnya saya pertahankan Adik ” – Dipercayai Didera, Ibu Angkat Tak Sangka Kanak-Kanak 7 Tahun Pergi Sekelip Mata

Artikel berkaitan : Kes Kematian Adik Amir: Ibu Kandung & Bapa Tiri Berdepan Hukuman Gantung Jika Sabit Kesalahan

Menerusi beberapa video hantaran di TikTok yang dimuat naik oleh anak kandung Norlida, Tuhfah Naziha Md Tarmidi, kesihatan Norlida semakin merosot setelah menghidap penyakit angin ahmar dan Demensia ( nyanyuk) dipercayai kerana trauma selepas kehilangan anak angkat yang dibesarkan selama 6 tahun.

1026841

Menerusi beberapa hantaran video, turut dilihat keadaan Norlida yang memanggil-manggil nama Amir di dalam sebuah wad hospital. Tangisannya itu turut kuat kedengaran sehingga ke luar wad dan situasi itu telah dirakamkan oleh Tuhfah ketika menziarahi ibunya.

“Dapat jumpa bilik umi sebab dengar suara umi menangis. Tak tahu kenapa umi menangis waktu ni. Rupanya umi menangis sebab abah tak faham apa umi cakap. Umi tak dapat sebut dengan betul apa yang umi nak cakap..”

@tuhfahnazira

“Amir anak Umi” 💔💔💔 #minorstroke #strokesurvivor #fypage

♬ Sedih Galau – Ercandra

Apa yang menyayat hati, penyakit Dementia yang dialami oleh Norlida itu telah menyebabkan dia turut terlupa dengan nama panggilan ‘Amir’ dan ditukarkan kepada ‘Naim’ sehingga keluarga sedikit terkeliru. Dalam beberapa video hantaran lain, Norlida dilihat turut memanggil nama Amir sambil ditenangkan oleh suami, Md Tarmidi Yaccub.

“Amir Khusyairy, umi sebut lagi, dan lagi. Terima kasih abah yang sentiasa sabar dengan umi sekarang” 

@tuhfahnazira

Replying to @mazleenmusa Umi rindu sangat dekat Amir 💔😔 #minorstroke #strokesurvivor #fypage #minorstrokesurvivor #amirqusyairi #amir

♬ Sedih Galau – Ercandra

Bagi mengubat kerinduan, keluarga ini sering menziarahi pusara adik Amir yang terletak di Melaka.  Situasi menyayat hati ketika di pusara itu turut dirakamkan dan dimuat naik Tuhfah di TikTok.

Norlida yang kini berkerusi roda dilihat menangis pilu di sisi pusara, mengenangkan dan merindui anak yang diibaratkan seperti anak bongsu yang lahir dari rahimnya sendiri.

” Umi minta nak ziarah kubur Amir di Melaka. Saya tahu umi rindu sangat kat Amir. Walaupun jauh di Melaka, kami bawa juga kalau ini yang boleh buat umi gembira dan tenang. Syukur kami adik beradik bekerja sendiri, jadi bila-bila umi minta nak ke kubur Amir boleh bawa,” katanya.

@tuhfahnazira

Replying to @MANEH Betul… Rindu Umi kat Amir takkan pernah hilang… Anak syurga Umi Amir Qusyairi🌹 #foryou #minorstroke #strokesurvivor #amirqusyairi #anaksyurga @Abangah @Mister Laksa

♬ Kembalilah – Fathi Saleem

Mengimbau kembali kejadian yang menimpa adik Amir, sekitar Januari 2021, pihak polis maklumkan telah menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki di dalam sebuah tong berisi air setinggi 60.9 sentimeter di Taman Krubong Jaya, Melaka.

Susulan itu, polis menahan suspek yang juga bapa tiri kepada mangsa yang turut melaporkan kejadian itu.

Keluarga Angkat Adik Amir Mahu Tuntut Bawa Jenazah Pulang Kebumi Di Rawang

Selain lemas, pemeriksaan fizikal serta hasil bedah siasat turut mendapati, terdapat pelbagai kecederaan termasuk luka baru di kesan di bahagian belakang kepala kanak-kanak itu.

Pada Februari 2021, ibu kandung Amir iaitu Zuraida Atan bersama  suaminya, Mohd Fadzli Abdul Razak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan membunuh kanak-kanak berkenaan.

Whatsapp Image 2021 03 29 At 4.56.20 Pm 1

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001, pasangan berkenaan mengaku tidak bersalah.

Bagi pertuduhan ini, mereka didakwa mendera mangsa sama dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Semoga tabah mengharungi hari-hari mendatang buat keluarga Allahyarham adik Amir..

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top