Teguran itu sesuatu yang sangat penting namun cara menegur itu boleh menjadi sesuatu yang negatif jika tersalah tegur.
Namun, lain pula ceritanya apabila pendakwah selebriti PU Riz atau nama penuhnya, Muhammad Haris Mohd Ismail mendapat pujian apabila menegur adik iparnya, Ameera Khan dalam sebuah sesi live TikTok selepas tudung yang dipakainya terselak.
Artikel berkaitan: Neelofa Akui Baru Setahun Jagung Dalam Perkahwinan, Tak Layak Beri Nasihat
Artikel berkaitan: “Semua bil I tak pernah sentuh” – Neelofa Kongsi Cara Suami Beri Nafkah
Dalam tangkap layar video sesi live itu, dapat dilihat Ameera sedang mempromosi sepersalinan jubah dan ketika dia ingin menunjukkan material serta corak jubah itu dia menyelak tudungnya lalu ditegur oleh abang iparnya itu.
@trendingditiktokmalaysia #lmk #neelofa #littlemisskhan #naelofar #nunha #ustazharis #supportnunha #supportnaelofar #bella #jubahnunnha #jubahumrah #tiktok1111shoppingchallenge
“Ameera tutup dulu, takpe tunjuk dekat bahagian ini (bawah),” tegur PU Riz dengan sopan.
Selepas ditegur, Ameera membalas penonton mungkin tidak dapat melihat apa yang ingin ditunjukkan, lalu kakaknya Neelofa dengan nada berseloroh berkata PU Riz tidak membenarkan adiknya itu ‘membuka’ tudung.
“Halus je tegur…”
Netizen rata-rata kagum dengan cara PU Riz menegur adik iparnya itu, tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar Ameera Khan atau dikenali sebagai Little Miss Khan itu agar sentiasa berpakaian begitu.
Comel je family ni…
Sumber: TikTok