in

Ambulans Tak Jumpa Rumah, Ibu Gigih Kayuh Basikal Dalam Gelap Demi Anak Sakit

Ibu Kayuh Basikal Anak Sakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengorbanan seorang ibu sememangnya tidak ternilai. Ibu sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga.

Begitu juga halnya dengan seorang wanita tular ini yang gigih menjemput ambulans ke rumah demi membawa anak sakit ke hospital.


Menerusi video yang dikongsikan oleh Danial Haikal, kelihatan seorang wanita sedang mengayuh basikal dalam kegelapan malam sambil diekori sebuah ambulans.

Artikel berkaitan: “Saya dah lalui zaman rempit” – Tular Video Bapa B*kar Motosikal Sebab Anak Kerap Keluar Lewat Malam

Artikel berkaitan: Ibu Cari Rezeki Di Negara Orang, Bertemu Kembali Dengan Anak Lepas 6 Tahun ‘Berpisah’

Ambulans terpaksa minta pemanggil datang jemput

Menurut pemilik video, mereka menerima panggilan kecemasan daripada hospital mengenai seorang individu diserang sawan.

Bagaimanapun, pihak ambulans sukar mengesan lokasi kediaman pemanggil dan terpaksa meminta pemanggil menjemput mereka untuk menunjukkan arah rumahnya yang terletak di Kampung Charok Kudung, Pendang, Kedah.

Setelah menunggu selama hampir 20 minit, mereka terkejut kerana yang datang itu seorang wanita dengan berbasikal dalam keadaan tercungap-cungap sambil memohon maaf.

“Dalam masa yang agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller datang, kami agak terkejut sebab ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap-cungap dan berkata ‘maaf lambat’,” tulisnya.

@danialhaikall_

terima panggilan kecemasan dari hospital (sawan).. tibaNya di lokasi (landmark) kami inform caller utk jemput kami di tempat tersebut sebab nak cari rumah caller susah. Dalam masa yg agak lama hampir 15-20 minit tunggu caller dtng kami agak terkejut sbb ibu ini datang dengan berbasikal sambil tercungap2 dan berkata maaf lambat .Lalu ia tunjukan kami jalan untuk kerumahNya .Saya cuba pujuk dia untuk naik ke ambulan & saya yg bawa basikal tu tapi dia xmau ..Ibu tu kata xpa2 saya boleh kayuh .kami pon ikod la ibu tu .Rumah agak jauh dan agak dalam di ladang kelapa sawit .. Saya yg d dlm ambulan ni pon sebak tengok ibu ni sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit 😔😔😔😔😭😭😭😭

♬ Arief_Bersama menggapai impian – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Menurut Haikal, mereka ada memujuk ibu tersebut untuk menaiki ambulans menuju ke rumahnya, namun wanita berkenaan tetap mahu mengayuh basikal demi memastikan anaknya segera menaiki ambulans dan mendapat rawatan segera di hospital.

Katanya, perjalanan ke rumah wanita itu agak jauh ke dalam dan perlu meredah kawasan ladang kepala sawit yang sememangnya gelap. Namun melihat kesungguhan si ibu membuatkan dia berasa sebak.

“Saya yang di dalam ambulans ni sebak tengok ibu ini sanggup kayuh dalam gelap untuk anak yang tengah sakit.”

Menurut Haikal, anak kepada wanita itu kini sedang menerima rawatan susulan di Hospital Pendang, Kedah.

Perkongsian video itu turut membuatkan ramai sebak apabila terkenangkan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.

Screenshot 2024 10 09 164438

Hebatnya seorang ibu. Semoga si anak diberi kesembuhan segera…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.