Lima individu termasuk seorang pesakit berdepan detik cemas apabila ambulans yang mereka naiki terbabas selepas tayar belakang pecah dalam kejadian di Kilometer 49, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Jambu Bongkok, tengah malam tadi.
Memetik laporan Buletin TV3, dalam insiden sekitar jam 12.30 malam itu, ambulans milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam perjalanan dari Hospital Kemaman ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Kenderaan tersebut membawa seorang doktor, dua jururawat, dan seorang pesakit berusia 21 tahun.
Kemalangan berlaku apabila tayar belakang sebelah kiri tiba-tiba pecah, menyebabkan ambulans hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan merempuh sebatang pokok.
Walaupun impak perlanggaran itu kuat, semua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
Artikel berkaitan: Ambulans Terkandas Akibat Cerun Runtuh, Ibu Hamil Terpaksa Dibedah Kerana Bimbang Bayi Lemas
Artikel berkaitan: Isteri Tunggu Mesej Sampai Terlelap, Rupanya Suami Terlibat Kemalangan Maut Kena Tayar “Terbang”
Mereka telah dibawa ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut.