in

“Allahuakbar, saya tidak tahu” – Sudah Lama Tidak Berhubung, Yusof Haslam Enggan Ulas Isu Syamsul Bercerai

Syamsul Yusof Haslam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh diperkatakan semalam berkenaan isu rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang dikatakan telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Susulan isu itu, pihak media telah menghubungi bapa kepada Syamsul, Datuk Yusof Haslam untuk mendapat komen berkenaan perkara tersebut.


Imageresize 500X375 1

Walau bagaimanapun, Yusof memaklumkan bahawa dia tidak tahu menahu mengenai hal tersebut kerana sudah bertahun-tahun tidak berhubung dengan anak lelakinya itu.

Allahuakbar… Saya tidak tahu mengenai hal ini. Kami sudah tidak berhubung, malah, Aidilfitri pun dia (Syamsul) tidak balik (ke rumah keluarga).

“Dia tidak hubungi kami, jadi, kami tidak berani komen sebab tidak tahu langsung hal ini.

“Jadi, memang kita tidak tahu apa-apa. Macam mana kami hendak tahu dengan keadaan begini,” katanya.

Artikel berkaitan: Syamsul Yusof Didakwa Failkan Perceraian Terhadap Ira Kazar Hari Ini

Artikel berkaitan: “Kalau betul sekalipun..” – Dakwaan Ira Kazar Hamil, Ini Respon Yusof Haslam

“Moga Syamsul kembali ke jalan yang benar” – Datin Patimah 

Dalam pada itu, ibu kepada Syamsul, Datin Patimah Ismail mengucapkan rasa syukur jika perceraian anaknya dengan Ira tepat seperti yang dilaporkan.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. 

“Jika benar berita ini, saya amat bersyukur. Semoga Syamsul kembali ke jalan yang benar. 

“Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa,” katanya.

Datin Psl

Terdahulu, sumber media melaporkan bahawa Syamsul dikatakan menfailkan perceraian kerana tiada persefahaman di antara dia dan isteri.

Malah sebelum ini juga, pernah timbul khabar angin sekitar Oktober tahun lalu mengenai perceraian pasangan ini.

Kita doa yang baik-baik sajalah untuk mereka sekeluarga. 

Sumber: Harian Metro, Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.