Minggu ini kecoh berkenaan hubungan peribadi pelakon ternama Sharnaaz Ahmad dengan pelakon baru Amelia Christie, yang dikatakan sudah berakhir meskipun pelakon wanita itu sudahpun kelihatan mesra dengan anaknya, Jebat Jayden.
Nama kedua-dua pelakon itu menjadi bualan ramai selepas mereka dikatakan telah unfollow sesama sendiri dari laman Instagram mereka.
Artikel berkaitan: “Kami ikhlas sayangkan dia” – Noor Nabila Tak Masuk Campur Hubungan Sharnaaz & Amelia
Artikel berkaitan: “Aku tak pernah mengiyakan” -Sharnaaz Tampil Perjelas Isu Hubungan Dengan Amelia
Sharnaaz bagaimanapun mengeluarkan kenyataan dia tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung statusnya dengan pelakon muda itu.
Terbaru, Amelia Christie yang merupakan pelakon drama bersiri 7 Hari Mencintaiku itu memuat naik satu IG Story dengan quotes yang berbunyi sedih dan meletakkan segala perasaannya itu kepada Allah SWT.
“Allah tahu yang terbaik untuk hamba-Nya,” tulis quotes itu.
Sebelum ini, Amelia juga memuat naik video di laman TikTok miliknya yang memaparkan gambarnya dengan anak lelaki Sharnaaz itu.
Pun begitu, dapat dilihat daripada Instagram Amelia, dia masih belum memadam gambar-gambarnya bersama Jebat dan juga Sharnaaz daripada Instagram miliknya.
Hmm apa-apa pun kita doakan je lah mereka berdua ya…
Sumber: Instagram