in

Alive: Kisah Benar 16 Penumpang Pesawat Uruguayan Air Force Flight 571 Yang Makan Mayat Untuk Hidup

Alive Kisah Benar 16 Penumpang Pesawat Uruguayan Air Force Flight 571 Yang Makan Mayat Untuk Hidup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Kami buat pakatan, jika ada di antara kami yang mati, kami akan berasa gembira jika badan kami digunakan oleh mereka yang masih hidup.”

Kedengaran agak mengerikan, tapi itulah kata-kata yang diungkapkan mereka yang terlibat dalam satu kemalangan pesawat Uruguayan Air Force Flight 571.


Uruguayan Air Force Flight 571 1 E1618037019963

Segalanya bermula pada tahun 1972, Roberto Canessa yang ketika itu baru berusia 19 tahun merupakan seorang pelajar perubatan yang menemani satu team ragbi dalam perjalanan dari Uruguay ke Chile. Tujuan mereka ke sana adalah untuk menghadiri sebuah pertandingan.

Ketika kejadian, pesawat yang dinaiki mereka membawa 40 orang penumpang termasuklah penyokong, ahli keluarga dan rakan-rakan pemain ragbi terbabit. Lima yang lain pula adalah krew penerbangan.

Kapal terbang mula ‘landing semasa masih di atas gunung

Sobreviviandes E1618036650659

Selepas melalui turbulence yang agak teruk, pilot kapal terbang terbabit telah membuat kesilapan dan mula merendahkan altitude pesawat walaupun mereka masih di kawasan pergunungan. Dalam masa beberapa saat sahaja, pesawat Uruguayan Air Force Flight 571 terhempas di puncak pergunungan bersalji.

Canessa merupakan antara individu yang terselamat daripada kemalangan itu. Walau bagaimanapun, tidak semuanya bernasib baik kerana ramai yang cedera parah akibat tulang patah atau tertusuk serpihan pesawat. Ada juga yang sudah tidak bernyawa.

Nasib mula tidak menyebelahi mereka

Andes Dudes 1 E1618036822202

Dalam masa beberapa hari seterusnya, beberapa penumpang lagi pula meninggal dunia setelah terdedah dengan cuaca terlalu sejuk di atas gunung. Ada juga yang meninggal dunia akibat kecederaan mereka. Runtuhan salji yang berlaku pada satu malam juga telah meragut nyawa lapan penumpang lagi.

Menurut Canessa, dia dan beberapa penumpang lain yang masih hidup cuba sedaya upaya untuk memanaskan diri mereka. Mereka menggunakan aluminium dari badan kapal terbang untuk mencairkan salji sebelum dijadikan minuman dan selimut yang diperbuat daripada kerusi pesawat.

Pun begitu, hanya ada satu benda sahaja yang mereka gagal untuk temui di kawasan itu iaitu makanan.

I Had To Survive 9781476765457 Hr E1618036914558

Menerusi buku penulisan Canessa bertajuk I Had To Survive, lelaki itu menceritakan bagaimana dia dan penumpang lain yang masih hidup membuat keputusan untuk memakan mayat rakan-rakan mereka yang sudah meninggal dunia.

“Kami perlu makan mayat ini. Itu saja. Keputusan tu mungkin boleh diterima akal selepas seketika tapi untuk betul-betul laksanakan, ia satu perkara yang sangat susah,” tulis Canessa.

Canessa mengaku, dia dan penumpang lain sukar untuk menerima hakikat bahawa mereka perlu makan daging manusia untuk hidup.

Ujar Canessa, bagaimanapun, dia dan penumpang lain menenangkan diri mereka dengan idea bahawa setiap daripada mereka yang masih hidup akan berasa gembira sekiranya badan kami mampu untuk membantu yang lain kekal hidup.

Dengan memakan mereka yang sudah meninggal dunia, ia membuatkan mereka yang masih hidup berasa dekat dengan satu sama lain dan juga mereka yang telah meninggal dunia.

“Keputusan untuk makan mereka beri badan saya kekuatan ‘spiritual’ dan fizikal. Saya rasa saya berasa kawan saya dekat dengan saya kerana semangat mereka untuk hidup disalurkan kepada kami melalui daging mereka,” kata Canessa.

Mula mendaki gunung untuk mencari bantuan

Andes Crash Site 768X576 1 E1618036977758

Kata Canessa lagi, dia memberikan kredit penuh kepada semangat rakan-rakannya untuk hidup dan ‘makanan’ yang dibekalkan mereka yang telah meninggal dunia memberikan kekuatan untuk dia dan dua lelaki lain untuk mendaki kawasan pergunungan terbabit bagi mencari bantuan.

Selama 10 hari, mereka bertiga meredah suhu dibawah takat beku sebelum akhirnya berjaya menemui bantuan.

Akhirnya, setelah dua bulan terkandas di pergunungan bersalji, 16 daripada 45 penumpang dan krew pesawat Uruguayan Air Force Flight 571 berjaya diselamatkan.

Kini, Roberto Canessa menggunakan pengalamannya dan bekerja sebagai seorang pediatric cardiologist.

Alive 1993 E1618037449876

Kisah kelangsungan hidup mereka ini digelar El Milagro de los Andes dalam bahasa Latin yang membawa maksud Miracle in The Andes. Pengalaman mereka ini juga telah menjadi inspirasi kepada beberapa buah buku dan filem seperti filem Alive (1993) yang diarahkan oleh Frank Marshall.

Sumber: All That’s Interesting

Baca: Tag: Kisah Benar 10 Rakan Main Kejar-Kejar Pada Setiap Bulan Februari Selama 28 Tahun

Cover 2 E1618036294473

Sumber: Airlive
Sumber: History Hit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.