Semalam, kecoh di Instagram apabila Aliff Syukri dikatakan berang dan mengamuk dengan Yana Samsudin apabila pelakon wanita itu belum membayar ganti rugi setelah memecahkan pasu mewah milik Aliff Syukri dengan tidak sengaja dua minggu lalu.
Difahamkan, kejadian terpecah pasu mewah itu berlaku ketika penggambaran sebuah rancangan di kediaman usahawan D’Herbs itu baru-baru ini.
Aliff Syukri telah memuat naik video beserta kapsyen panjang di Instagram yang menunjukkan bahawa dia sedang mengamuk dengan Yana Samsudin dan suaminya sehingga mereka terpaksa ditenangkan oleh yang lain.
https://www.instagram.com/p/CrDKt7Xgnzh/
Dalam kapsyen tersebut juga, Aliff Syukri meminta duit ganti rugi daripada pasangan suami isteri itu yang masih belum dibayar.
Dia juga memberi masa selama 48 jam kepada Yana Samsudin untuk memberi respon, jika tidak dia akan menghantar surat peguam kepada pelakon dan pengacara berkenaan.
Walau bagaimanapun, netizen di ruangan komen Instagram Aliff Syukri mendakwa bahawa isu itu hanyalah lakonan semata-mata kerana ada yang berpendapat mereka nampak seperti nak ketawa.
Dalam masa yang sama, penerbit rancangan tersebut iaitu Alif Farhan dikatakan telah memohon maaf kepada Alif Syukri dan Yana Samsudin kerana menurutnya, ia berlaku akibat salah faham.
https://www.instagram.com/p/CrDMLbYsL-S/
Tambahnya lagi, esok dia dan peguamnya akan membuat sidang media secara dalam talian untuk menjelaskan kepada ramai tentang isu pergaduhan tersebut, lapor Kosmo.
Hmm, patutnya bulan Ramadan yang mulia ni tak perlu la gaduh-gaduh macam ni kan. Apa pula pendapat anda?
Baca: “Apa kurang saya”- Aliff Syukri Merayu Radio & TV Mainkan Lagu Rayanya