‘Konflik’ antara penyanyi Iman Troye dan usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri dikatakan sudah berakhir apabila dilihat mereka berdua melancarkan lagu raya bersama-sama.
Terdahulu, difahamkan konflik ini bermula apabila Iman tidak bersetuju dengan hasrat usahawan itu yang mahu mengeluarkan lagu raya.
Iman juga mendakwa pergaduhan di antara mereka bukanlah gimik seperti yang disangka ramai.
Artikel berkaitan: “Kami Budak Gen Z” – Anak Aliff Syukri Buat Lagu Raya, Ada Cik B Lagi!
Artikel berkaitan: “Islam tegah gurauan sampai menipu” – Amin Idris Tegur Aliff Syukri Dakwa Lagu Raya Hanya ‘April Fool’
Perbalahan yang berlaku juga memperlihatkan penyanyi itu hadir ke balai polis selepas Aliff Syukri melakukan tindakan saman terhadapnya.
@imantroye berani kerana benar.
Namun, tidak lama kemudian, kemelut mereka berdua berakhir selepas Aliff Syukri menarik semula saman terhadap Iman.
View this post on Instagram
Netizen persoal tentang laporan polis yang dibuat
Namun begitu, netizen merasakan bahawa ini merupakan salah satu taktik ‘marketing’ bagi mempromosikan lagu raya mereka.
Malah, ada yang mempersoal tindakan mereka keterlaluan seolah-olah mempersendakan undang-undang kerana membuat laporan polis tentang ‘perbalahan’ mereka.
Netizen juga berkongsi laporan palsu merupakan satu jenayah dan boleh dikenakan tindakan tegas.
Justeru, netizen meminta pihak polis untuk mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan jika benar berlaku kesalahan seperti yang didakwa.
Alamak! Harap ada penjelasan daripada pihak terbabit.
Sumber: X