in

Alas Kaki Gambar Kaabah Yang Dirampas Di Pasar Raya Di Johor Sebenarnya Sejadah Mini

Sejadah Mini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum reda kes kasut wanita jenama Vern’s yang dikatakan mempunyai logo menyerupai kalimah Allah di bahagian tapak kasut, kali ini kecoh pula isu alas kaki yang didakwa mempunyai gambar kaabah.


Alas kaki tersebut yang telah dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat telah tular di media sosial setelah ada seorang individu telah memuat naik gambar produk tersebut di platform media sosial dengan kapsyen “Ingatkan sejadah sebab ada gambar Kaabah, tapi rupanya alas kaki untuk lap kaki”.

Susulan itu, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor kemudiannya telah merampas 11 alas kaki gambar Kaabah itu pada Selasa lalu.

Sejadah Mini

Difahamkan, pihak pengurusan pasar raya itu juga telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kejadian terbabit yang boleh menimbulkan kegusaran ramai.

Namun, pihak pasar raya itu iaitu AEON BiG telah memuat naik satu kenyataan di Facebook untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

Produk yang didakwa alas kaki itu sebenarnya ialah sejadah mini.

3

Artikel Berkaitan: Logo Dikatakan Menyerupai Kalimah Allah, 1,145 Pasang Kasut Vern’s Dirampas Polis

Artikel Berkaitan: “Islam tegah gurauan sampai menipu” – Amin Idris Tegur Aliff Syukri Dakwa Lagu Raya Hanya ‘April Fool’

Pihak pengurusan pasar raya itu juga memklumkan telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Agama Islam Johor.

Dalam kenyataan tersebut, pihak pasar raya itu menjelaskan bahawa produk itu bukanlah alas kaki, sebaliknya ia memang sejadah mini.

Sejadah mini itu telah dibekalkan oleh pihak pembekal iaitu A & R Collection yang merupakan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang dimilik 100% oleh orang Bumiputera/Islam.

A& R Collection merupakan syarikat yang membekalkan pakaian Muslimah patuh syariah seperti jubah solat, kurta, tudung, sejadah dan songkok.

Syarikat yang sama juga turut menjual permaidani dan tikar. Pihak A& R mengesahkan bahawa produk yang tular itu memang sejadah mini dan bukannya alas kaki dan gambar atau corak Kaabah pada sejadah itu dalam dalam format menegak seperti yang ada di kebanyakan sejadah jenama lain.

Walau bagaimanapun, selaras dengan amalan terbaik AEON BiG untuk pembekal PKS, A&R telah menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk-produk lain syarikat tersebut,” jelas AEON BiG dalam satu kenyataan rasmi mereka di Facebook.

Difahamkan, salah faham dan kekeliruan sebelum ini telah terjadi kerana label yang digantung pada produk berkenaan telah menunjukkan pelbagai deskripsi.

Masalah label itu kemudiannya telah diperbetulkan dan barangan itu telah dilabel sebagai ‘Sejadah’.

Sumber: Facebook MY AEON BiG, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.