Tiada yang lebih membanggakan daripada membahagiakan ibu dan ayah serta membuat mereka tersenyum lebar melihat si anak berjaya menggenggam segulung ijazah.
Tapi apa perasaan korang kalau insan yang memberikan kita semangat untuk menamatkan pelajaran tu, tiada lagi di sisi kita?
Coretan kejayaan khas buat arwah ayah
Kehilangan insan tersayang bergelar ayah memberi tamparan hebat buat pemuda ini sewaktu masih melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Menggelarkan dirinya Alang, coretan kejayaan yang ditujukan khas buat arwah ayahnya di Instagram membuatkan followers sama-sama bersedih.
“Dulu masa pi tengok angah convo, alang selalu berharap satu hati nanti baba dan mama akan ada sekali untuk tengok alang ada atas pentas ambil segulung ijazah.. Keluar saja dari dewan alang tengok semua orang peluk mak ayah and I wish I could get a warm hug from you too baba.
“Masa mula-mula daftar masuk UPSI, baba dengan mamalah orang yang paling happy dan teman alang dari pagi sampai petang.. Tapi baba tak sempat tengok anak nie baba habiskan study.”
“Ramai orang tanya kenapa tak upload gambar convo..”
Dalam tulisannya, Alang juga menjelaskan kepada kawan-kawan kenapa dia tak pernah upload gambar konvokesyen di Instagram.
“Ramai orang tanya kenapa tak upload gambar convo lagi, sekarang saya bagitahu kenapa.. Sebab saya dari kecik sampai ke besar, baba sayalah orang pertama yang akan tahu result exam anak-anak.. So sekarang saya bagi baba saya tengok ijazah saya dulu sebelum saya bagi orang lain tengok.
“Baba, segulung ijazah ni tak mampu untuk anakmu ini balas jasamu.. Jujur, hari convo nie bukan hari yang terlalu bermakna untuk alang, alang mungkin tak dapat nak peluk cium dan bergambar dengan baba macam orang lain..
“Tapi alang bersyukur dan cuma nak baba tahu yang hadiah ini untuk bab dan mama yaa.. Alang tahu baba tersenyum happy tengok alang dari syurga Allah.. Dan alang nak baba tahu yang anak baba ni dah habiskan study dengan baik.. Alhamdulilah.
“I miss and love you so much baba and mama! Thanks so much.. Alfatihah untuk baba.”
Tahniah Alang atas kejayaan menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Kejurulatihan!
Semoga Alang terus kuat semangat dan tak berputus asa untuk menjadi insan yang bertanggungjawab bagi menjaga ibu dan keluarga di masa hadapan.
Baba pun mesti bangga dengan kejayaan Alang!