in

Alami Sakit Perut, Muntah Dan Cirit-birit, 16 Pengunjung Taman Rekreasi Che Minah Sayang Dijangkiti Rotavirus

Jangkitan Rotavirus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seramai 16 orang individu yang mengunjungi Taman Rekreasi Che Minah Sayang di Maran, Pahang baru-baru ini disyaki telah dijangkiti Rotavirus setelah mereka mengalami gejala cirit-birit, sakit perut, demam dan muntah selepas berkunjung ke taman itu.

5 1
Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, 16 individu yang mengalami gejala itu termasuklah seorang wanita dewasa berusia 27 tahun dan kanak-kanak berusia dua hingga 11 tahun.


Wanita dewasa itu yang juga ibu kepada salah seorang kanak-kanak tersebut dirawat sebagai pesakit luar manakala kesemua kanak-kanak yang terlibat dengan kes rotavirus ini pula berada di Hospital Jengka untuk dirawat. Kesemua kanak-kanak berada dalam keadaan stabil.

Artikel Berkaitan: “Ada yang sakit, cedera…” – Netizen Terkejut Lihat Pusat Perlindungan Kucing Di Klang Tak Terurus

Artikel Berkaitan: “Macam-macam boleh jadi” – Orang Awam Risau Warga Asing Tidur Di Taman Permainan

Ujian makmal telah dilakukan untuk mengetahui punca wabak ini dan hasil ujian mendapati ia berpunca dari jangkitan Rotavirus.

Difahamkan, jangkitan Rotavirus ini mungkin berlaku akibat air sungai di kawasan rekreasi itu yang tercemar dengan sisa buangan lampin pakai buang bayi.

Pihak pengurusan taman rekreasi itu dinasihatkan untuk membersihkan kawasan tersebut agar ia berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk pengunjung.

4 3

Dalam masa yang sama, pihak Jabatan Kesihatan Negeri itu juga menasihatkan pengunjung taman agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan rekreasi dan mengingatkan orang awam agar membuang lampin pakai buang bayi dan sampah sarap lain dengan cara yang betul.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.