Lagi berapa hari sahaja, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, kemeriahannya kian dirasai di mana sahaja terutama sekali di media sosial.
Tahun ini, banyak lagu-lagu raya baru yang dicipta oleh penyanyi serta komposer muda industri muzik tanah air, salah satu lagu yang mendapat perhatian ialah Alamak Raya Lagi nyanyian girls group ternama, De Fam.
Artikel berkaitan: “Kena sokong Juventus lah ni” – S.O.G Teruja Lagu Digunakan IG Rasmi Pasukan Juventus
Artikel berkaitan: “Siap Buat Skill Lagi” – Main Bola Pakai Baju Melayu Baju Kurung, Siapa Kata Tak Boleh?
Di TikTok, ramai yang menggunakan lagu tersebut untuk flex baju raya atau solekan mereka untuk pagi raya nanti, namun satu video telah menarik perhatian netizen di mana pasukan bola sepak gergasi Itali iaitu Juventus menggunakan lagu tersebut untuk salah satu content mereka.
@juventus Alamak Alamak…Raya dah nak dekat! 🕺 #juventusmalaysia #kosongkosong ♬ original sound – Mr K.A _ __ ®️1
Video tersebut memaparkan pemain-pemain kelab tersebut menari sejurus menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan berbeza, video itu juga menggunakan hashtag Juventus Malaysia serta kosong-kosong, yang sinonim dengan perayaan Aidilfitri di Malaysia.
“Siapa admin ni!”
Content itu membuatkan ramai peminat kelab tersebut khususnya dari Malaysia teruja malah ramai juga yang merasakan perkara ini sangat random.
Selain itu, ada juga yang berasa hairan mengapa kapsyen video tersebut ditulis dalam Bahasa Melayu dan bukannya terjemahan automatik (auto translate).
Juventus pun nak raya guys!
Sumber: TikTok