in

“Alamak Raya Lagi”- Mak-Mak Ikut Trend TikTok Parodi Lagu De Fam Buat Netizen Terhibur

Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila masuk sahaja bulan Ramadan, pasti kebanyakan penyanyi akan mengambil kesempatan untuk membuat single lagu Hari Raya.

Malah, ada juga seorang penyanyi yang hampir setiap tahun mengeluarkan lagu raya menyatakan perasaan sedih kerana tidak dapat mengeluarkan single terbaharu pada tahun ini.


Namun, jika ada lagu baru, pastinya akan akan ada trend menari ataupun parodi lagu yang akan menjadi perbualan netizen.

Artikel berkaitan: “Malaysia tak hargai bakat saya” -Aliff Syukri Mohon Maaf Tiada Lagu Raya Tahun Ini

Artikel berkaitan: “Janganlahhh” – Aliff Syukri Rakam Lagu Raya, Bonda Rozita Luah Rasa Risau Sebab…

Tular baru-baru ini dimana lagu raya De Fam “Alamak Raya lagi!’ menjadi trending apabila ia mula diparodikan oleh sesetangah individu malah ada juga pempengaruh turut serta melakukan parodi tarian.

Kecomelan mak-mak membuat parodi lagi ini sangat menghiburkan malah kelihatan mereka bersahaja melakukan tarian itu.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka yang mudah terhibur dengan lagu tersebut.

“Aku tengok camni pun boleh gelak… Mudahnya sifir hidup aku,” kata Yaya.

“Comelnya, kaftan tu beli mana?” Tanya Yus.

Sebulan sebelum Raya, baru tahu esok puasa. Terlupa niat, Google cepat (eh, slow la wifi ni, ha ah). Eh, ternyanyi pula. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.