Seperti yang ramai sedia maklum, semalam (10 Julai 2019) merupakan hari lahir yang ke-94 Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bersempena hari lahir tersebut, beliau telah menerima banyak ucapan dan doa-doa daripada rakyat termasuklah rakan dan penyokong dari luar negara yang mengagumi ketua negara yang tertua di dunia ini.
https://www.instagram.com/p/BzuCWxhhKsM/
Kejutan dari Yang di-Pertuan Agong & Permaisuri
Tapi siapa sangka hari ini, Perdana Menteri kita dapat kejutan pulak daripada Yang di-Pertuan Agong! Wahhh…
Menerusi perkongsian video di Bernama, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan membuat kejutan sambutan hari lahir Tun M bersama isteri di Istana Negara.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan membuat kejutan sambutan hari lahir PM @chedetofficial bersama isteri beliau di Istana Negara pic.twitter.com/TBxZv77LOI
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 11, 2019
Menerusi video tersebut, kelihatan pegawai istana menolak masuk dua buah troli berisi kek ke dalam satu bilik khas. Pegawai tersebut juga sempat menyanyi lagu ‘Happy Birthday’ kepada Tun.
Sambutan tersebut disaksikan YDP Agong dan Raja Permaisuri yang tersenyum dan sekaligus bangun untuk meraikannya bersama-sama tetamu lain.
“Rare, jarang dapat tengok Agong buat surprise birthday. Tahniah pada Tun”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memuji tindakan spontan YDP Agong terhadap Tun M dan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada ketua negara tersebut. Untungnya Tun! Sweet betul ye Agong kita ni.

Kami dari Lobak Merah ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah! Sayanggg TUNs!