in

“Ala, skirt pendek je pun…” – Syasya Rizal Tidak Mahu Jadi Seperti Dulu

syaz ft 2025 11 17T123321.055

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Syasya Rizal yang juga bekas anggota kumpulan Dolla baru-baru ini berkongsi satu hantaran mengenai perubahan besar dalam hidupnya setelah memilih untuk menutup aurat.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas bahawa kisah itu merujuk kepada dirinya, kerana menggunakan kata ganti nama ‘dia’, namun ramai pengguna Threads tersentuh dengan nukilan tersebut.


Artikel berkaitan: Wajah Disamakan Dengan B*bi, Syasya Rizal Tak Teragak-agak Nak Saman Netizen

Artikel berkaitan: Syasya Rizal Menangis Tonton MV Baru Dolla, Sepatutnya Nyanyi Berempat

 

View on Threads

 

“‘Alaa skirt pendek je pun. Semua orang pakai’. ‘Menari sikit je, bukan dosa besar pun’. ‘Yang penting dapat followers, dapat job, dapat duit’.

Ayat-ayat itu dia ulang sampai hati dia mati rasa. Sampai dia percaya,  dosa itu cuma content (kandungan di media sosial).

Dulu bila orang pandang, dia rasa disayangi, tapi lepas dia tutup aurat, pandangan sama berubah macam dia buat salah,” tulisnya.

Menurut bekas anggota kumpulan Dolla itu, sindiran dan kehilangan sokongan bukan perkara baru dalam perjalanan penghijrahannya, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk kekal di jalan yang betul.

“Yang dulu panggil dia ‘queen’, sekarang sindir dia ustazah TikTok. Yang dulu sokong? Sekarang senyap.

Macam hijrah dia hanya layak diraikan, kalau dia masih cantik ikut standard orang.

Sampai satu hari, Allah buat dia rasa hilang dan dalam kehilangan itu, dia jumpa diri dia semula,” coretnya.

Syasya, yang kini memadam satu persatu video serta gambar lamanya yang tidak menutup aurat, turut berkongsi bahawa dia sentiasa memohon agar pilihannya diredai Allah SWT.

“Satu-satu video dan gambar lama dipadam. Bukan sebab malu orang tengok, tapi sebab malu Allah tengok.

Dan sejak hari tu, doa dia cuma satu, ‘Ya Allah, jangan kembalikan aku kepada versi yang manusia sayang, tapi Kau tak reda’,” tulisnya lagi.

Di ruangan Threads, ramai pengikut memberi kata-kata semangat agar Syasya kekal istiqamah dalam perubahan yang dilaluinya.

Terdahulu, pada 8 April 2024, Syasya membuat pengumuman mengejut untuk meninggalkan kumpulan Dolla secara rasmi.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.