Mula digunakan untuk tujuan ketenteraan dan risikan, fungsi dron atau pesawat tanpa pemandu ni terus berevolusi kepada pelbagai kegunaan lain.
Hari ini, selain popular bagi tujuan fotografi dan videografi udara — dron turut digunakan secara meluas dalam operasi mencari dan menyelamat, pengawasan, dan pemantauan trafik serta cuaca.
Menyedari kelebihan yang diperoleh menerusi penggunaan dron ni, Malaysia pun berminat nak memanfaatkan dron dalam segmen penghantaran bungkusan.
Mampu Jadi Kenyataan Menjelang 2024!
Baru-baru ni, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo kata matlamat tu mampu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ia sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, bahawa negara mesti meneroka teknologi baru, macam dron ni misalnya.
Sebenarnya Gobind kata, kegunaan dron di negara ni adalah untuk menghantar bekalan ubat-ubatan ke kawasan terpencil dan luar bandar di waktu-waktu kecemasan.
So untuk hantar baju atau kasut yang korang beli online tu, kiranya masih menggunakan khidmat abang posmen la kot kan?
Tambahnya lagi, dalam usaha nak mencapai matlamat itu juga — pelbagai aspek diberi perhatian antaranya termasuklah isu keselamatan penggunaan dron dalam khidmat kurier, selaras dengan peraturan yang ditetapkan dalam industri penerbangan.
Tak Nak Ketinggalan Dalam Arus Pemodenan
Sebenarnya, negara dah lama menunjukkan minat untuk explore lebih jauh lagi manfaat inovasi ‘unmanned aerial vehicle’ ni.
Kita mendapat inspirasi daripada negara Switzerland, yang terlebih dahulu mengimplimentasikan kegunaan dron secara komersil untuk menghantar sampel atau spesimen makmal ke klinik dan hospital sejak last year menerusi syarikat penghantaran pos mereka.
Ada jugak beberapa negara lain yang dah mula mengkaji khidmat dron untuk menggantikan kaedah penghantaran konvensional misalnya seperti Australia (khidmat penghantaran buku teks kepada pelajar) dan China.
Lebih menarik, syarikat peruncit dalam talian Amazon pada 2016 juga melancarkan servis penghantaran barang menggunakan dron di UK. Nak tau apa product pertama yang dihantar menggunakan servis ni? Pop corn!
Yelah, cuma barang di bawah dua kilogram je yang dibenarkan. Okay la tu kan?
Kita tengok 2024 nanti, sasaran ni jadi kenyataan ke tak. Dalam zaman serba canggih ni, tiada apa yang mustahil untuk direalisasikan!
Baca: “Ada yang curi dan pecahkan barang. Apa nak jadi dengan kurier Malaysia?”