Minggu ini negara dikejutkan dengan pendedahan beberapa pihak mengenai sebuah kumpulan atau jemaah yang dikatakan menyeleweng dari ajaran agama Islam. Kumpulan yang dimaksudkan adalah Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB Holdings).
Atas makluman dan laporan orang ramai, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah menjalankan Ops Global dan menahan lebih 400 ahli jemaah GISB Holdings dalam serbuan di beberapa lokasi di Malaysia.
Menjawab lemparan tuduhan dan tomahan yang diberikan kepada kumpulan mereka, Pengarah Eksekutif GISB Holdings, YBhg Datuk Haji Nasiruddin Mohd Ali tampil dalam satu video berdurasi 17 minit menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.
Artikel berkaitan: 10 Tahun Kerja Tapi Tak Pernah Dapat Gaji – Bekas Pekerja GISBH
Artikel berkaitan: “13 kanak-kanak dil*wat, usia 2 tahun diasing keluarga” – Pendedahan Polis Mengenai Penghuni Rumah Amal GISB
Dalam video itu juga, Nasiruddin mengakui ada beberapa kes l*wat pernah berlaku membabitkan individu dalam kumpulan GISB. Walau bagaimanapun, beliau menganggap perkara itu jijik dan menyatakan kes-kes tersebut tidak melibatkan semua ahli.
Video panjang itu dimuatnaik dalam akaun rasmi GISB Holdings Sdn Bhd pagi ini. Video penuh kenyataan media GISB Holdings itu boleh ditonton di bawah