in

“Aku taknak cucuk, korang tak boleh tangkap aku!”- Lelaki Sanggup Panjat Pokok Elak Terima Vaksin COVID-19

vaksin India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini sudah masuk tahun baru 2022. Walaupun begitu, nampaknya virus COVID-19 masih tak menunjukkan tanda-tanda ia akan hilang dalam masa terdekat dengan kemunculan varian baru Omicron yang pantas merebak.

1000x 1 e1641008542543
Gambar hiasan

Disebabkan ini, banyak negara termasuk Malaysia giat menjalankan insentif pemberian suntikan booster vaksin COVID-19 bagi mengekang penularan wabak ini. Bagi mereka yang masih belum dapat suntikan vaksin pula, sudah banyak lokasi seperti mall dan klinik swasta yang menawarkan servis walk-in untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.


Di Puducherry, India, juga tak kurangnya kerana kerajaan disana sedang berusaha untuk mencapai tahap suntikan vaksin 100 peratus bagi penduduk di kawasan itu. Ramai petugas kesihatan telah ‘turun padang’ melawat rumah-rumah penduduk bagi memastikan tiada sesiapa yang tercicir.

Walau bagaimanapun, di Kampung Konnerikuppam, insentif pemberian suntikan vaksin COVID-19 bertukar pulak jadi insiden pujuk-memujuk lepas seorang penduduknya sanggup panjat pokok sebab tak nak kena suntik vaksin.

puducherry1 e1641008407787

Lapor India.com, lelaki pertengahan usia yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan telah memanjat pokok berhampiran rumahnya dan enggan turun sehinggalah petugas kesihatan meninggalkan kampungnya.

Menerusi satu video viral, insiden terbabit dikatakan berpunca daripada perasaan ragu-ragu lelaki berkenaan terhadap vaksin COVID-19.

1012313 vaccine jab new e1641008480353

“Aku taknak cucuk. Korang tak boleh tangkap aku!” jerit lelaki itu.

Dalam video terbabit juga, dapat dilihat orang ramai dan petugas kesihatan cuba untuk memujuk lelaki berkenaan turun selain ada yang cuba mendidiknya mengenai kepentingan pengambilan suntikan vaksin COVID-19. Pun begitu, lelaki itu kekal berdegil dan tidak turun sehinggalah petugas kesihatan beredar.

Ternyata, itu bukanlah kejadian pertama ada individu yang lari untuk mengelakkan disuntik vaksin COVID-19 kerana ragu-ragu dengan keberkesanannya. Malah, masih ramai yang tidak menyedari kepentingan mengambil vaksin terutamanya di kawasan luar bandar dan kampung-kampung.

Sebelum ini, seorang wanita tua di sebuah kawasan lain di Puducherry turut viral di laman sosial selepas dikatakan telah dirasuk dewi Mariamman dan menghalau petugas kesihatan yang datang untuk memberikan suntikan vaksin COVID-19 padanya.

 

Sumber: India.com

Baca: Penduduk Kampung Di India Sanggup Terjun Sungai, Lari Dari Petugas Kesihatan Sebab Tak Nak Divaksin

fi india e1641006958959

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.