Mungkin korang pernah ada pengalaman kehilangan suatu benda yang menjadi kesayangan sehingga hampir tidak boleh terima kenyataan akan kepergiannya.
Baru-baru ni tular dekat Twitter mengenai seorang lelaki yang kelihatan sedang menangis teresak-esak apabila mendapati kucing kesayangannya telah mati dipercayai kena langgar.
Sayang 😔, awak saya bela 5tahun dari baby until be a mom 😔. Iloveyou sayang. Rehat lah sayang abang :') pic.twitter.com/bD04EX5UvM
— Harimau Malaysia (@rimaulah2615) January 13, 2020
Perkongsian lelaki itu kini mencecah lebih 24 ribu retweet.
Ramai netizen menjadi hiba apabila melihat lelaki ini meraung meratapi pemergian kucing kesayangan yang diberi nama Amy itu.
Menurut perkongsiannya itu, pada mulanya tiada siapa tahu bahawa kucing itu telah mati. Namun setelah beberapa jam kematiannya, barulah salah seorang dari ahli keluarga lelaki ini menjumpainya dan terus memberitahu dia akan perkara ini.
Tidak mampu untuk menahan rasa sebak dan sedih, dia terus meratapi kucing tersebut sambil membersihkan kotoran yang berada di kawasan sekitar.
Tambahnya lagi, dia telah membela Amy selama hampir 5 tahun sejak dari usia kucing itu kecil lagi sehinga sekarang.
Bukan itu sahaja, lelaki ini turut berkongsi bahawa dia sempat memandikan mayat kucing itu sebelum menanamnya. Amy kemudiannya di tanam di kawasan sekitar rumah.
Kalau korang tengok video masa dia menangis tu, memang betul-betul nampak dia sedih dan sayang sangat dekat kucing tu.