Kalau kita yang masih muda pun merungut jika terpaksa bekerja di tengah panas dan berjalan kaki seharian, bayangkan seorang warga emas dengan kudrat yang tak seberapa terpaksa bekerja begini demi mencari rezeki.
Itulah yang dipaparkan sebuah video yang tular di TikTok memperlihatkan seorang wanita warga emas berjalan dari sebuah kereta ke kereta lain demi menjual kuih.
Artikel berkenaan: Wanita Warga Emas Terpaksa Hidup Merempat, Dihalau Anak Angkat Yang Dijaganya Sejak Umur 2 Tahun
Artikel berkenaan: Menyayat Hati! Lelaki Warga Emas Ditinggalkan Atas Tilam Penuh Najis Di Wakaf Che Yeh
“Air mata ni mengalir tanpa sedar”
Menurut perakam video, dia merasa sebak melihat kejadian yang berlaku di depan mata itu dan makcik berkenaan difahamkan telah menjual kuih-kuihnya di sebuah persimpangan lampu isyarat.
Perakam video itu kemudian telah membeli jualan makcik berkenaan dan dia tidak menyangka apabila makcik tersebut secara spontan mendoakan kesejahteraannya sekeluarga.
Bab macam ni aku tak kuat. Ternampak makcik ni di traffic light. Sejujurnya air mata ni mengalir tanpa sedar.
“Tanpa kita sedar besarnya pengorbanan orang tua kita. Hanya doa mampu saya titipkan buat makcik. Sempat (juga) aku berkongsi rezeki bersama makcik ini.
“Paling sedih bila makcik ni mendoakan kesejahteraan aku sekeluarga,” tulisnya.
@fellicaempirehq Sumpah sedih ? #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fouryoupage #jasabonda #hargaiselagimasihada ♬ original sound – MKM14
Video berkenaan mendapat pelbagai komen netizen yang juga ikut sedih dengan pengorbanan yang dilakukan wanita warga emas itu.
Ada juga di antara netizen yang mendakwa mereka mengenali makcik tersebut dan mengatakan bahawa wanita itu sebenarnya mempunyai anak yang sakit.
Malah kata netizen lagi, kuih muih yang dijual makcik itu sedap-sedap belaka. Tidak rugi jika ada yang membeli.
Semoga rezeki makcik terus mewah dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Sumber: TikTok