Baru-baru ini, impian pelakon dan penyanyi Mark Adam untuk membina sebuah rumah buat ibu bapa mentuanya seakan musnah apabila kontraktor yang diupah telah melarikan diri.
Apa yang membuatkan dia lebih bengang ialah pembayaran penuh sudah pun dibuat kepada kontraktor itu namun kerja-kerja pembinaan tergendala sebegitu sahaja.
Mark telah memuat naik sebuah video di laman Instagramnya yang memaparkan keadaan rumah yang separuh siap serta menerangkan situasi yang terpaksa dia hadapi.
https://www.instagram.com/p/CogyGTarooo/
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat Mark sedang menunjukkan kawasan rumah yang belum siap dibina sambil meluahkan rasa bengang terhadap sikap tidak bertanggungjawab kontraktor tersebut.
Jelas Mark, projek pembinaan rumah tersebut sudah bermula sejak tujuh bulan yang lalu namun sehingga kini masih belum siap.
Bukan itu sahaja, Mark memberitahu bahawa kontraktor tersebut meminta duit tambahan sebanyak RM60,000 hingga RM80,000 walaupun struktur rumah berkenaan masih belum siap dibina.
Mark turut berasa kecewa apabila hasratnya untuk membawa ibu bapa mentuanya untuk tinggal di rumah tersebut sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri mungkin tidak akan kesampaian.
Difahamkan, kontraktor tersebut juga telah mengambil segala barangan projek pembinaan rumah tersebut termasuk pasir dan simen walaupun, Mark sudah membuat pembayaran penuh untuk tanggung kos bahan yang diperlukan.
Dah buat laporan polis
Pada masa yang sama, Mark juga telah memaklumkan bahawa dia kini sedang menunggu tindakan susulan daripada pihak polis mengenai projek rumahnya itu.
Mark juga memaklumkan bahawa dia terpaksa menukar kunci rumah kerana kontraktor yang diupahnya tidak memberikan salinan kunci untuk dia masuk ke kediaman berkenaan.
“Tak mengapa. Saya pun dah buat laporan kepada pihak polis. Kita tengok macam mana keadaannya nanti. InsyaAllah,” katanya.
Dalam pada itu, isteri Mark, Norazah Redzuan turut akui berasa bengang dengan tindakan pihak kontraktor dan dia sudahpun bersedia untuk bersemuka agar masalah ini dapat diselesaikan.
“Aku tak halalkan satu sen pun duit aku yang kau makan. Makan duit yang haram, ibarat kau makan daging b*bi,” kata Norazah.
Sumber: Instagram (Mark Adam)
Semoga Mark tabah lalui ujian ni…
Baca : [VIDEO] Keluarga Dah Duduk 40 Tahun, Wanita Sebak Diusir & Rumah Dirobohkan Pihak Berkuasa