Sepanjang Ogos ini, kecoh tentang Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didapati tidak mematuhi SOP kuarantin selepas pulang dari luar negara.
Pada 7 Ogos, KKM telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 ke atas Mohd Khairuddin selepas beliau didapati bersalah di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).
“Oleh kerana Datuk Dr Khairuddin gagal mematuhi peraturan di bawah Akta 342, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 dan beliau telah menjelaskan kompaun tersebut.”
Syed Saddiq bersuara…
Kalau HUDUD dilaksanakan, rakyat biasa dipotong tangan, Menteri potong kuku (potong gaji) sahaja.”
Itu respon Syed Saddiq di Twitter peribadinya berkenaan kompaun Mohd Khairuddin yang hanya RM1,000. Menurutnya lagi, ianya tidak adil sedangkan rakyat biasa yang melanggar kuarantin didenda RM12,000 dan dipenjara selama 5 bulan.
Ridiculous!”
Rakyat biasa yang langar kuarantin, didenda RM12,000 & dipenjara sampai 5 bulan.
Bila melibatkan menteri, "undang undang" lain dipakai untuk menyelamatkan kawan.
Kalau HUDUD dilaksanakan,
rakyat biasa dipotong tangan,
Menteri potong kuku (potong gaji) sahaja.Ridiculous! https://t.co/RhRJiSb4Qi
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 23, 2020
“Kenapa YB nak kaitkan dengan HUDUD?”
Bagaimanapun, tindakan Syed Saddiq mengaitkan isu tersebut dengan hukum hudud tidak digemari ramai netizen di Twitter. Melalui thread, netizen memberi pendapat masing-masing di mana rata-ratanya tidak setuju dengannya dan berasa hukum hudud tidak patut dikaitkan dengan isu Mohd Khairuddin.
Sementara itu, semalam pihak polis mengesahkan telah menerima 27 laporan mengenai Mohd Khairuddin tidak jalani kuarantin, lapor Berita Harian. Justeru itu, Bukit Aman dilaporkan sudah membuka kertas siasatan terhadapnya.
Setakat ini, sebanyak 27 laporan polis diterima seluruh negara berhubung perkara berkenaan. Kita sudah buka kertas siasatan dan siasatan menyeluruh sedang dilakukan,” kata Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.
Baca: 27 Laporan Dibuat Kes Menteri Ingkar Kuarantin, Polis Dah Buka Kertas Siasatan