Menjadi kebiasaan untuk ‘berpisah sementara’ apabila berumah tangga dengan pasangan yang mempunyai tuntutan kerja di laut. Bukan si isteri sahaja yang perlu menanggung rindu, anak-anak juga pasti menanti kepulangan bapa tersayang.
Artikel berkaitan: 7 Bulan Terpisah, Suami ‘Surprise’ Isteri Bawa Naik Ford Mustang Tanda Terima Kasih Uruskan Anak-Anak
Artikel berkaitan: “8 bulan terpisah” [VIDEO] Anak Terus Peluk Ayah Menyamar Jadi ‘Rider’ Makanan Lepas Lama Tak Jumpa
Baru-baru ini viral di TikTok, video yang dimuat naik oleh @saqinahmansor memaparkan momen berharga anak lelakinya berjumpa ayahnya setelah empat bulan terpisah.
@saqinahmansor Dia memang suka kalau surprise bila daddy balik. Momi rasa dia memang suka perasaan bila nampak daddy balik. Tapi kali ni extra sikit drama, 1st time dia nangis bila daddy turun kapal. Sebenarnya lately ni memang nampak dia rindu daddy. Asyik tanya bila daddy nak balik. Kadang2 tanya daddy ada line tak untuk video call. Nak pergi sekolah minggu ni pun lemau je pagi2. Jarang dia macam ni. Tak tahu lah apa yang dia Pendam. Mungkin terlalu rindu. Alhamdulillah.. bertiga kembali kami selepas 4 bulan setengah. Enjoy this precious moment abang Sayf! ? Khamis . 5 Oktober 2023 #seafarerslife #pjj #fyp
Menurut mStar, Saqinah Mansor merakam video itu setelah suaminya, Syafiq Zakaria pulang selepas lebih empat bulan bekerja sebagai jurutera kapal. Mereka merancang untuk surprise anak mereka, Sayf Qashid kerana dia sendiri request jika bapanya balik, dia tidak mahu tahu tarikh sebenar. Dia suka perasaan surprise jumpa bapanya.
Rancang surprise anak
Saqinah mengambil suaminya di airport dan mereka merancang untuk membuat kejutan kepada Sayf yang baru pulang dari sekolah. Suaminya menyorok di tepi tembok sekolah sebelum berjumpa Sayf di tempat letak kereta.
Ujar Saqinah, dia tidak menyangka reaksi Sayf menangis ketika memeluk suaminya turut membuatkan dia mengalirkan air mata. Ini juga kali pertama Sayf menangis berjumpa bapanya pulang. Sebelum ini ada juga menangis tetapi ketika bapanya mula berkhidmat.
Saqinah menambah, dia dan Sayf sudah terbiasa berjauhan dengan Syafiq dan jika anaknya betul-betul rindu, dia akan minta untuk video call dan berdoa agar bapanya segera pulang. Suaminya juga akan memanfaatkan masa bersama keluarga setiap kali pulang bercuti.
Ibu ini juga mengakui bukan mudah untuk menjalani hubungan jarak jauh tetapi dia dan suami berpegang kepada kepercayaan dan saling memeahami antara satu sama lain. Dia juga menasihati apabila pasangan perlu berjauhan, kita perlu doakan keselamatan, kesihatan serta perasaan sentiasa dalam peliharaan Allah.
Melihat ruangan komen pada video itu, rata-rata warga maya turut berkongsi rasa sedih dan menceritakan pengalaman mereka terpaksa berjauhan dengan pasangan.