Kemelut dan perang dingin antara Cik Epal bersama bekas suami dan isteri baharu dilihat semakin memuncak apabila berlaku pergelutan antara Cik Epal dan Dewi ketika Cik Epal ingin mengambil segala barang yang dituntut olehnya sebelum ini.
Disebabkan itu, perbalahan jadi berlarutan apabila pihak Dewi mendakwa bahawa Cik Epal sengaja ingin mencuri wang yang ada di dalam rumah.
Artikel berkaitan : Cik Epal Vs Jofliam: Insiden Ambil Barang Bertukar Tragedi, Ini Rangkuman Kisah Kedua Belah Pihak
Artikel berkaitan : Thermomix, Air Fryer Antara 12 Barang Yang Dituntut Cik Epal, Minta Jofliam Pulangkan Apabila Hantar Anak-anak Nanti
Oleh sebab itu, Cik Epal atau nama sebenarnya Nur Munirah Mahmood ada membuat satu hantaran baharu menunjukkan kesan luka akibat dicakar Dewi. Dalam ruangan kapsyen, Cik Epal menceritakan perilaku Dewi ketika dia berada di dalam rumah lamanya.
“Si betin* hamak berulang kali jerit THIS IS MY HOUSE.”
Tegas Cik Epal, dia adalah orang yang menyumbang untuk menanggung sewa bulanan rumah itu sebelum Jofliam menjalankan bisnes piza, jika dibandingkan dengan Dewi yang tidak ada keluarkan duit untuk tinggal di rumah tersebut.
“Kau ingat aku hamak sangat ke rumah sewa tu semalam? Aku nak kutip barang-barang aku je la bibik oiii. Kau tak payah menyibuk menempel muka kau pon semalam sepatutnya. Bukan ada kena mengena dengan kau pon hal semalam.”
“Pastu nak serang dan cakar aku apahal? Aku nak kutip barang yang aku beli guna duit aku je. Bukan nak hadap muka korang pasangan penyondol.”
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bersimpati dengannya dan memberikan sokongan moral, artis seperti Abby Abadi juga turut memberikan kata-kata semangat dan menunjukkan dirinya berpihak kepada Cik Epal.
Ish! Sampai macam tu sekali, harap Cik Epal tabah dengan dugaan ini.
Sumber : Instagram