in

“Aku nak dia terus membesar” – Lelaki Mengaku ‘Bunuh’ Isteri Sebab KETAGIH Dengan ‘Kegemukan Melampau’

Collage 35

Korang pernah tak dengar perkataan “feederism”? Mungkin ramai yang pertama kali dengar perkataan ni atau tak tahu pun benda macam ni sebenarnya wujud.

Kalau korang nak tahu, feederism adalah obsesi terhadap lemak badan di mana seseorang individu terangsang dengan penambahan berat badan atau beri orang makan.

Feeders atau penyuap adalah individu yang mengatakan seksualiti dorang terangsang bila dorang suap pasangan dorang makan dan sering suruh pasangat dorang untuk naikkan berat badan.

Tahun lepas, seorang lelaki telah membuat pengakuan mengatakan yang dia telah bunuh isterinya sendiri kerana ketagihannya terhadap kegemukan melampau (morbid obesity). Jom baca kisahnya.

“Aku bunuh isteri aku sebab aku ketagih dengan kegemukan melampau”

Obese Woman 1315914684 Herowidev4 0

Ogos ini, genap dua tahun aku bersendirian dan ini berlaku kerana salah aku sendiri.

Aku sering tertarik dengan wanita obes sejak dari dulu lagi. Masa aku sekolah rendah, aku selalu bayangkan perempuan-perempuan dalam kelas aku jadi semakin gemuk, besar dan berat. Tapi bukan secara seksual.

Lama-kelamaan, aku sedar yang ini adalah salah satu obsesi aku dan lebih tepat, ia dipanggil feederism di mana seseorang yang suka gemukkan orang lain dipanggil feeder manakala orang yang suka digemukkan dipanggil feedee.

Pada awalnya, aku rasa jijik dengan diri aku sendiri, tapi bila aku dapat tahu ada juga orang lain seperti aku, aku mula terima.

Beberapa tahun berlalu, aku mula pindah keluar dari rumah keluarga, masuk universiti, mula bekerja dan macam-macam lagi. Aku juga dah melalui beberapa hubungan dan ianya bukan perkara yang mudah bagi aku kerana aku sentiasa akan jujur dan beritahu dorang tentang diri aku yang sebenarnya.

9781412952385 P479 1

Tapi akhirnya aku jumpa dengan dia, wanita yang sempurna. Kami seperti kawan yang dah lama menghilangkan diri dan ya, dia seorang wanita berbadan besar. Apa yang buat aku lebih suka apabila dia terima “kelainan” aku seadanya dan sanggup untuk tambahkan lagi berat badannya jika ianya dapat gembirakan aku. Dipendekkan cerita, kami akhirnya berkahwin.

Selepas berkahwin, aku mula hilang kawalan dan mula manipulasikan dia. Aku galakkan, merayu, ugut dan paksa dia untuk ketagih dengan makanan.

Walaupun ambil masa, aku gembira bila dia akhirnya berjaya naikkan berat badan hingga 100kg dan seterusnya 200…

Ketika ini, dia dah tak boleh lagi nak kawal pemakanan dia, tapi aku masih belum puas. Suara dalam kepala aku mula mengganggu. Setiap hari, aku nampak dia bergelut dengan berat badannya hingga aku takut kalau dia ada hasrat untuk kuruskan badan.

Dah tentu, aku tak nak benda tu berlaku. Jadi, aku buat pelbagai cara untuk kurangkan aktiviti fizikal dia dan naikkan pengambilan kalori dia.

Ad 218140367

Cara terakhir, aku mula paksa dia untuk telan minuman tambah berat badan. Aku tuangkan air tersebut ke mulutnya. Ketika itu dia nak halang aku tapi dia akhirnya sedar yang ianya dah terlambat.

Aku buat dia jadi gemuk sampaikan kaki dia sendiri dah tak boleh nak tampung berat dia dan dalam masa beberapa minggu saja aku berjaya buat dia tak boleh bangun langsung dan hanya bergantung kepada aku.

Ketika ini, aku tak tahu kalau aku boleh rasa puas. Aku beli katil yang boleh tampung berat sebanyak 500kg dan dalam fikiran aku, isteri aku sekarang dah mula bertukar menjadi gunung lemak dan dah tak menyerupai manusia dan lama-kelamaan imej yang selalu aku bayangkan mula menjadi realiti.

Tapi satu hari, dia dah tak mampu nak bertahan dan jantungnya mula berhenti dan rosak dalam lipatan lemak. Tiba-tiba aku rasa gembira, macam aku dah dapat pencapaian hidup. Aku senyum macam orang gila bila aku tengok bomba alihkan mayat dia dari rumah.

648X364 Header

Keesokan harinya, aku mula tersedar yang aku dah kehilangan isteri untuk selama-lamanya dan aku merupakan penyebab kematiannya. Aku bencikan diri aku lepas tu.

Beberapa lama kemudian, aku cuba untuk lupakan perkara ini dan mula dapatkan bantuan mental dan ubah diri aku. 

Lepas jalani terapi selama setengah tahun, aku mula rasa yang aku dah berubah. Aku cuba untuk jadi “normal” dan cuba untuk bercinta semula, tapi aku masih tak tertarik dengan permpuan kurus. Fantasi buruk untuk cuba buat wanita jadi obes pun masih tak hilang.

Wanita terakhir yang aku jumpa beberapa bulan yang lepas pun masih tak tahu kenapa masa tengah makan, aku tiba-tiba pergi tandas dan tak datang balik. Dalam fikiran aku, aku nampak dia sebagai wanita gemuk terlantar di atas katil.

Aku tak nak sakitkan orang lagi. Aku tahu aku jahat dan tinggal seorang diri bersama memori aku akan jadi hukuman hingga ke akhir hayat aku.

Sumber: Twitter

 

Baca: “Macam mana dia solat?” – Mufti ISIS Terlampau Gemuk Sampai Polis Terpaksa Guna Pick-up Truck Masa Tangkap Dia

Screenshot 2020 05 23 At 3.46.39 Am