Dakwa diri seringkali dibuli, pelakon dan penyanyi Fathia Latiff menegaskan dirinya akan keluar dari agama Islam jika perkara itu masih berlarutan.
Jelasnya, jika dia meminum arak, pakai seluar pendek, bahkan jika jadi kafir sekalipun kerana bengang dengan sikap warganet membuatkan dirinya tidak berdosa, sebaliknya netizen yang mengecamnya yang menanggung dosa.
Artikel berkaitan : Dedah Sebab Dendam Dengan Aiman & Zahirah, Netizen Minta Orang Ramai Henti ‘Provoke’ Fathia Latiff
Artikel berkaitan : Fathia Latiff Dedah ‘A’ Pernah Ajak Kahwin Tapi Dia Tolak Sebab…
“Jangan sampai korang beribadat 100 tahun pun tak guna tau, sebab korang buat seorang saudara atau saudari korang jadi macam ni. Allah boleh maafkan, tapi kalau manusia belum tentu dia boleh maafkan.“
Korang buli Fathia Latiff kenapa? Dia sampai nak tukar agama ni. pic.twitter.com/Wba3RaOVjT
— Bbie. (@twtbiy) March 20, 2024
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan pandangan sinis terhadap kenyataannya itu dan ada juga yang menentang pandangan pelakon yang terkenal menerusi drama Ariana Rose itu lagi.
Mungkin bulan puasa ni, semua perlu muhasabah diri dan kita hanya perlu fokus ke arah kebaikan je.
Sumber : X