Min nak tanya, berapa jarak umur korang antara pasangan yang akan buat korang terfikir, uish jauhnya. Adakah 10 tahun? Ke ada yang rasa jarak umur 5 tahun dengan pasangan pun dah macam besar bebenar gap umur tu.
Bercakap mengenai jarak umur antara pasangan ni, seorang wanita dari negara jiran, Indonesia, baru-baru ini menjadi viral di media sosial TikTok selepas dia berkongsikan kisah cintanya bersama suami.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah kerana jarak umur mereka yang sangat ketara. Walaupun wanita terbabit tak kongsikan pun berapa umur dia dan suaminya yang sebenar, gambar flashback mereka berdua pada tahun 2004 yang disertakan sudah cukup untuk ramai menduga age gap antara pasangan ni memang besar.
Jelas wanita terbabit, pada tahun 2004, dirinya masih lagi bergelar pelajar di sebuah tadika. Tapi, suaminya pula sudah menjadi anggota polis pada tahun yang sama. Mak oi!
“2004 aku masih di tadika. 2004 dia udah jadi polisi. 2018 kami jadi suami istri,” tulisnya.
Jatuh hati bukan sebab suka dengan lelaki beruniform
Menerusi akaun TikTok sama, wanita terbabit turut memuat naik beberapa video lain bagi menjawab pertanyaan warganet.
“Aku bakalan sedikit menjelaskan di sini. Kalau yang sebenarnya aku menikah dengan seorang duda. Nggak ada salahnya kan menikah dengan duda?” tulis wanita ini.
“Aku hanya mencari yang mencintai aku setulus hatinya. Mencari laki-laki yang bisa bertanggung jawab. Dan ya, aku menemukan itu semua pada dirinya.”
Tambah wanita itu lagi, dia sebelum ini pernah bercinta dengan lelaki yang umur lebih kurang sama dengannya. Pun begitu, semuanya berakhir dengan kekecewaan sebelum dia memilih untuk bersama lelaki yang lebih tua. Wanita juga menjelaskan, dia berkahwin dengan suaminya bukan kerana dia suka kepada lelaki beruniform.
Perkongsian wanita itu meraih perhatian pengguna laman sosial lain. Ada yang menyifatkan kisah wanita ini boleh dijadikan pengajaran tentang bagaimana Tuhan mengatur jodoh pertemuan kita.
Tak kurang juga ada yang berseleroh mengatakan mereka masih single mungkin kerana jodoh mereka belum dilahirkan.
Sumber: Suara.com
Baca: Sebaya Umur Ibu Bapa Pengantin Lelaki, Jarak Usia 47 Tahun Tak Halang Nenek Nikahi Duda