Arahan PKP dan PKPB yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan selama 3 bulan bermula daripada 18 Mac lalu telah memberi kesan yang banyak kepada seluruh rakyat Malaysia. Arahan ini dikeluarkan bertujuan untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 supaya rakyat Malaysia bebas daripada wabak ini.
Hal ini menyebabkan ada beberapa pihak yang terpaksa berpisah dengan ahli keluarga masing-masing kerana jarak yang memisahkan terutamanya kepada frontliners yang bertugas sewaktu musim wabak ini.
Dalam pada itu, ada satu video viral di Facebook menerusi akaun Friends of PDRM yang memaparkan seorang anak yang merupakan frontlliners ada buat surprise berjumpa dengan ibunya setelah berbulan tak jumpa disebabkan PKP.

Kelihatan anaknya pergi ke gerai ibunya namun kehadirannya tidak disedari sebab dia memakai face mask.
Namun selepas rakannya memberitahu ibunya yang lelaki berdiri di sebelahnya itu merupakan anaknya, tanpa fikir panjang anaknya langsung memeluk ibunya untuk melepaskan rindu setelah sekian lama tidak bersua muka.
Video yang berdurasi lebih 2 minit itu mampu membuat warganet berjuraian air mata sebab tersentuh melihat pertemuan dua insan yang lama tak jumpa.
Sayu hati bila tengok video ni

Sebak tengok video ni

Jelas kelihatan ibu lelaki ini cukup rindu dengan anaknya kerana jarak yang memisahkkan mereka menyebabkan mereka tidak dapat berjumpa.
Baca : “Terasa sedih weh” – Lagu Raya Tokti Buat Netizen Kesat Air Mata Sebab Tak Dapat Nak Balik Raya

