Kenyataan ringkas daripada pelakon Ben Amir semalam telah mencuri tumpuan netizen kerana ia seakan-akan dilihat merujuk kepada satu isu semasa yang sedang tular kini.
Katanya menerusi posting di X, dia sangat bersyukur dengan dirinya kerana tidak menjual agama semata-mata untuk mendapatkan duit dan menjadikannya ia sebagai bahan kandungan.
Artikel berkaitan : “Bukan saya nak jadi hero..” – Dikritik Sebab Berebut Cium Hajar Aswad, Hafiz Mahamad Mohon Maaf
Artikel berkaitan : “Tinggalkanlah ‘trend’ merugikan”- Muat Naik Video Berebut Cium Hajar Aswad, Dr Zulkifli Tegur Hafiz Mahamad
Setiap hari aku bersyukur aku tak jual agama ku demi duit dan content.
— Ben Amir (@BenAmirr) March 3, 2024
Kenyataan ringkas itu telah menarik perhatian netizen sehingga meraih lebih daripada 4,000 jumlah perkongsian dalam masa 4 sehari. Ini kerana, biarpun Ben Amir tidak merujuk kata-kata ‘makan dalam ini’ kepada sesiapa, namun netizen dapat ‘hidu’ ia seperti merujuk kepada isu yang hangat yang diperkatakan baru-baru ini.
Buktinya, ramai netizen yang menyokong dengan kata-kata Ben Amir ini tanpa perlu bertanyakan tujuan kata-kata ini dibuat.

Hurm, tak payah lah sebut pasal apa eh? Rasanya semua orang tahu pasal apa.
Sumber : X
